Pelakon Shukri Yahaya mengakui dia masih berpegang kepada prinsip untuk melunaskan satu kerja pada satu masa.

Menurut Shukri, dia mahu memastikan lakonannya hanya terhadap untuk satu stesen televisyen selain berharap penonton tidak berasa muak melihatnya sahaja.

“Buat masa ini, fokus saya adalah kepada drama ini saja memandangkan saya tidak mahu mengambil dua tiga tawaran pada satu masa.

“Sejak dulu lagi saya mengambil pendekatan sebegini. Malah, saya juga memastikan wajah saya tidak hanya terhad kepada satu stesen semata-mata.

“Biar nampak sama rata dan orang tidak bosan melihat wajah saya saja,” kata Shukri.

Undi bintang digital dan content kegemaran Top 5 anda di Gempak Most Wanted Awards 2022 di sini.