Syarikat pengeluar barangan kemas tempatan, HABIB, menjadikan kisah hidup si rama-rama sebagai sebuah metafora dan inspirasi untuk kempen kemerdekaannya, Keindahan Merdeka.

Rama-rama mencerminkan sebuah harapan untuk Malaysia mencapai sesuatu yang lebih baik di samping cabaran yang sedang ditempuhi sekarang iaitu pandemik Covid-19.

Spesis rama-rama sebagai metafora agar rakyat Malaysia terus bersatu dan berjuang bersama untuk memutuskan rantaian wabak ini, serta harapan ke arah masa depan yang lebih cerah.

Berikut fakta menarik tentang koleksi kali ini.

1. Hargai kemerdekaan

Kata Pengerusi Eksekutif Kumpulan HABIB, Datuk Seri Meer Habib, situasi COVID-19 memberi impak besar dan membuatkan kita lebih menghargai erti kemerdekaan.

"Kita semua terpaksa berkurung di rumah untuk tempoh yang lama bagi mengawal penularan pandemik ini.

"Walau bagaimanapun, keadaan ini juga mengajar kita untuk bermuhasabah diri dan bangkit lebih kuat untuk mengharungi cabaran ini bersama.

"Justeru, masyarakat khususnya lebih menghargai makna baharu kemerdekaan ini. Sementara kita masih menyesuaikan diri dengan fasa baharu ini, HABIB menjadikan rama-rama sebagai metafora yang paling sesuai untuk menggambarkan perjalanan kehidupan Malaysia dalam pandemik," katanya.

2. Kerjasama dengan pelukis Najib Bamadhaj

Selaras dengan kempen Keindahan Merdeka pada tahun ini, HABIB membawa kelainan dan idea baharu dengan bekerjasama bersama pelukis tempatan yang serba berbakat, Najib Bamadhaj.

Najib mempunyai kreativiti dan keunikan yang tersendiri.

Kempen Keindahan Merdeka HABIB menampilkan karya sentuhan Najib Bamadhaj yang dinamakan National Aspiration:



"Rama-rama kuning yang berterbangan melambangkan harapan Malaysia yang sedang bersama-sama berjuang melawan pandemik.

"Terdapat 5 rama-rama yang tersergam indah, membawa maksud keharmonian pelbagai kaum yang telah dipupuk sejak kita mencapai Kemerdekaan.

"Panorama langit di Kuala Lumpur serta bendera Malaysia yang berkibar merupakan pelengkap karya ini kerana menggambarkan semangat perjuangan," katanya.

4. Wafer Emas limited edition!

Istimewa pada tahun ini, HABIB mengeluarkan Koleksi Wafer Emas 999 Edisi Terhad bersempena kempen Keindahan Merdeka.

Rekaan koleksi ini diilhamkan daripada lima spesis rama-rama indah yang boleh dijumpai di kawasan Semenanjung Malaysia dan Borneo seperti Rajah Brooke Birdwing, Malay Lacewing, Emerald Swallowtail, Long-Tailed Blue dan Paper Kite Butterfly.

Spesis rama-rama terpilih ini mempunyai bentuk dan warna yang menyerlah dan mempersonakan.



5. Koleksi emas kuning, emas putih & emas rose

Juga seiring dengan kempen Merdeka ini, HABIB memperkenalkan koleksi-koleksi baharu yang diinspirasikan daripada rama-rama, dan boleh didapati dalam tiga warna iaitu emas kuning, emas putih, dan emas rose, dan disediakan dalam jenis-jenis emas 22K, 18K dan 9K.

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman sesawang www.habibjewels.com dan ikuti kami di laman sosial rasmi Instagram (@habibjewelsofficial) dan Facebook (@HABIB).

A post shared by Habib Jewels (@habibjewelsofficial)