Pelakon dan pengacara Zulin Aziz akan mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak yang sengaja menggunakan gambarnya tanpa kebenaran bagi tujuan mempromosikan produk.

Zulin atau nama sebenarnya Farah Azleenda Abdul Aziz, 31, berkata dia sudah tidak boleh mendiamkan diri lagi selepas wajahnya disalah guna demi mengaut keuntungan.

"Penat dah! Tolonglah! Jangan ambil kesempatan. Syaa tak halalkan. Nak meniaga jangan ambil keuntungan atas usaha orang lain.

"Banyak kali dah bagi muka. Tak cakap banyak. Saman! Jumpa di mahkamah!," tulisnya menerusi satu entri yang dimuat naik di Instagram miliknya.




Zulin turut berkongsi foto iklan produk menguruskan badan yang menggunakan gambarnya tanpa kebenaran.

"Siap edit muka aku eh dengan produk tu. Sampah betul! Sabar jap. Aku pun boleh buat duit macam ni. Saman! Eishh sakitnya hati aku," luahnya.



Perkongsian Zulin itu kemudian menerima pelbagai respons dalam kalangan pengikutnya.

Rata-rata bersetuju dengan hasrat Zulin untuk mengambil tindakan undang-undang kepada pihak yang tidak bertanggungjawab.

"Ramai yang macam ini, saman je. Makin dibiar makin melampau-lampau.

"Sama macam Enot kan. Penjual guna gambar Enot untuk lariskan produk kurus," tulis sebahagian netizen.

Sebelum ini, Zulin antara artis yang dikenali dengan kejayaannya menurunkan berat badan dengan hanya menjalani rutin aktiviti kecergasan.

BACA: Zulin Aziz Bertinju Untuk Turunkan Berat Badan