Penyanyi rap Caprice terus mencetuskan tanda tanya apabila berkongsi sekeping foto 'iblis' menerusi akaun Instagramnya pada Isnin.

Dalam hantaran terbabit, Caprice seakan-akan memberi bayangan tentang kepura-puraan, takdir dan pendedahan besar-besaran.

"Bersiap sedia untuk kebenaran Malaysia. Siapkan diri anda, ia akan datang.

"Iblis akan memperdaya, menipu dan berpura-pura tetapi Allah sebaik-baik perancang. Waktunya semakin hampir," tulis Caprice.



Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan maksud sebenar Caprice merujuk kepada hantaran yang telah ditutup ruangan komen itu.

Caprice yang baru meraikan ulangtahun ke-33 pada Ahad masih berada di Mesir bersendirian demi melunaskan misi kemanusiaan di Gaza, Palestin.

Terdahulu media sosial kecoh apabila Caprice, dermawan tersohor Ustaz Ebit Lew dan Nadir Al-Nuri masing-masing berbalas kenyataan berhubung isu misi kemanusiaan di Palestin.