Laman Utama

Siap Tunjuk Pasport, Sultan Johor Puji Pelakon Shang-Chi And The Legend Of The Ten Rings Tak Lupa Asal Usul

Hanafis Haris
19/09/2021
04:00 MYT

Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar menzahirkan rasa bangga atas kejayaan dua anak kelahiran Johor yang menempa nama di luar negara.

Kedua-dua mereka itu merupakan pelawak dan pelakon Shang-Chi and the Legend of the Ten Rings iaitu Ronny Chieng dan penyanyi yang juga penulis lirik lagu, Gin Lee.

“Ronny Chieng yang sebelum ini membintangi filem Crazy Rich Asians bersama pelakon popular Malaysia, Henry Goulding kini muncul di dalam filem keluaran Marvel, Shang Chi and The Legend of The Ten Rings yang akan ditayangkan di Malaysia pada Oktober tahun ini.

“Beliau bermula sebagai pelawak terkenal sejak zaman universiti, di mana Chieng tampil bersama Trevor Noah pada tahun 2013,” titahnya.

Menurut Sultan Ibrahim, Chieng tidak melupakan asal usulnya apabila beliau menunjukkan pasport Malaysia.

“Beliau juga fasih bertutur dalam bahasa Melayu dengan mengatakan ‘Johor Bahru kampung saya, saya anak Malaysia’ dalam sebuah video promo filem Shang Chi sempena Hari Malaysia.

“Beliau turut menggunakan perkataan ‘lah’ dan ‘meh’ dalam pertuturan harian dan menunjukkan cara membuat pesanan di kopitiam seperti rakyat Malaysia,” titah Baginda.

Sementara itu, Sultan Ibrahim turut bertitah mengenai kejayaan Gin Lee yang mengeluarkan album sulung berjudul ONE & ONLY pada 29 Disember 2009 selepas menjuarai pertandingan menulis lagu “Malaysia's Universal Music” pada usia 18 tahun.

“Penyanyi berusia 34 tahun baru-baru ini telah berganding di atas satu pentas bersama penyanyi popular Hong Kong, Jacky Cheung di acara Miss Hong Kong 2021.

“Mereka membawakan lagu duet Let the Street Lights Rest When the Sun Rises.

“Tahniah di atas pencapaian luar biasa mereka di peringkat antarabangsa. Terima kasih kerana mengharumkan nama Johor. Saya percaya Johor mempunyai banyak bakat terpendam yang masih belum dicungkil.

“Jadikan kejayaan mereka sebagai contoh dan inspirasi kepada rakyat Johor. Saya berharap mereka terus kekal meletakkan nama Johor di mata dunia,” titah Sultan Ibrahim.

Sementara itu, menerusi ruang komen, rata-ratanya meluahkan rasa syukur mereka apabila Sultan Ibrahim menghargai kejayaan anak-anak Johor tanpa mengira perbezaan kaum dan agama.

“Daulat Tuanku, terima kasih hargai anak-anak Johor”.

“Tahniah semua anak Johor atas kejayaan mereka”.

“Syukur, bangganya ramai anak Johor kini menempa nama di luar negara,” tulis beberapa netizen.

Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Dayang Areeda Cuak Lakonkan Babak Nasi Kangkang Untuk Jerat Aliff Aziz - "Saya Risau Pandangan Masyarakat"

gempak
26/07/2024
13:55 MYT
Sepotong video yang memaparkan babak pelakon Dayang Areeda cuba menjerat Aliff Aziz dengan menggunakan ilmu sihir nasi kangkang mencuri perhatian ramai di media sosial.
Terkini

Netizen Terharu Lihat Pelajar Universiti Ini Beri Sepotong Kek Kepada Pekerja Restoran Mamak

gempak
26/07/2024
06:55 MYT
Beberapa pelajar dari sebuah universiti meraih perhatian netizen apabila rakaman yang memperlihatkan mereka memberi sepotong kek kepada seorang pekerja kedai makan yang sering mereka kunjungi viral di media sosial.
Viral

Ibu Arwah Zulfarhan Akui Pernah Tak Restu Anak Masuk UPNM

gempak
26/07/2024
03:55 MYT
“Dia selalu dekat dengan kami sekeluarga,” begitulah keluhan ibu kepada arwah Zulfarhan, yang menyatakan dirinya pernah tidak merestui anak lelakinya itu untuk melanjutkan pelajaran di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM).
Berita

Gara-Gara Beri Anjing Makan Berlebihan Sehingga Mati, Wanita Dihukum Penjara Dua Bulan

gempak
25/07/2024
21:55 MYT
Mahkamah di New Zealand menjatuhkan hukuman penjara dua bulan ke atas seorang wanita kerana memberi makan anjing peliharaannya secara berlebihan sehingga mati, lapor News Straits Times.
Viral

"Lepas Saya Letak Tu, Tak Pernah Tengok Dah Sampai Sekarang" - Individu Dipercayai Penulis Surat Layang Kes Buli Arwah Zulfarhan Tampil Bersuara

gempak
25/07/2024
07:30 MYT
Pemilik akaun Instagram, dipercayai individu yang pernah mengirimkan surat layang tentang kes buli bekas penuntut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM), Allahyarham Zulfarhan Osman Zulkarnain tampil memuatnaik hantaran mengimbas kejadian yang berlaku sekitar tujuh tahun lalu.