Penyanyi bertaraf antarabangsa Yuna membuat penampilan sulung di People’s Choice Awards anjuran saluran hiburan terkemuka E.

Menerusi laman sosial Twitter, Yuna atau nama penuhnya Yunalis Mat Zarai berkongsi foto-foto ketika berjalan di atas karpet merah.

Yuna kelihatan mewah mengenakan sepasang suit merah berlabuci rekaan Marcell Von Berlin dan lengkap berturban hitam.

Yuna yang tercalon di dalam kategori ‘Most Inspiring Asian Woman’ tewas di tangan bekas ahli kumpulan K-pop 2NE1, CL.Biarpun tidak berjaya memenangi anugerah, Yuna telah memenangi hati wargamaya apabila penampilannya itu mendapat pujian ramai.

“Dikala ramai yang leka dengan jualan 11.11, Yuna tampil megah di atas karpet mewah anugerah berprestij People’s Choice Awards. She’s on another level!” komen seorang wargamaya.

“Saya bangga dengan Yuna. It’s okay, awak dah buat yang terbaik,” ujar seorang wargamaya.

“Siapa bilang gadis melayu tak menawan? Cantiknya Yuna!” puji seorang wargamaya.

“Biarpun Yuna tak menang, awak dah menang di hati saya,” kata seorang wargamaya lagi.

People’ Choice Awards telah berlangusung di Barker Hanger, California, Amerika Syarikat pada Isnin.

Selain CL, antara calon lain yang tersenarai di dalam anugerah ‘Most Inspiring Asian Woman’ adalah Alia Bhatt dari India, Zhou Dong Yu dari China, Raline Shah dari Indonesia dan Praya Lundberg dari Thailand.