"Siapa Comment Pasal Puting Aku Block" - Sharnaaz Ahmad

Kamaruddin Razal
November 26, 2019 11:05 MYT
Selain aktif dalam bidang lakonan, pelakon Sharnaaz Ahmad turut melibatkan diri dalam dunia permotoran.
Pada hujung minggu lalu, pelakon drama bersiri Awak Sangat Nakal ini menyertai Sepang 1000KM Endurance Race 2019 di Litar Antarabangsa Sepang, Selangor.
Mewakili 23 Motors, Sharnaaz menyertai acara berkenaan bersama pelawak Shuib Sepahtu dan beberapa rakan lain.
Menerusi laman sosial Instagram Sharnaaz, aktor kelahiran Pulau Pinang ini berkongsi foto-foto menarik di sepanjang acara terbabit.
Menariknya, sekeping foto bersama Shuib yang dikongsi oleh Sharnaaz mendapat perhatian netizen.
Memuji keperibadian Shuib, kata-kata yang turut dicoretkan oleh Sharnaaz di akhir kapsyen membuatkan peminatnya terhibur.
"Seorang yang rajin kerja, humble dan sangat bijak berniaga.. Dialah sahabat saya.. Kami rapat sebab race sekali, tapi hatinya sangat baik..
"Orang kata dia berlagak tayang kereta mewah.. Kenal dulu orangnya baru kita tahu.. Semoga sahabat saya dimurahkan dengan rezeki dunia akhirat @shuibsepahtu..
"Abaikan puting aku, siapa comment pasal puting aku block, silalah kalau nak kena block," seloroh Sharnaaz.
Jom kita layan antara foto menarik yang dikongsikan oleh Sharnaaz di sekitar acara terbabit:
#pelakon #Sharnaaz Ahmad #Pelakon