Hiburan
“Siapa Kamu… Jangan Lakukan Perkara Ini” – Lee Jong Suk Hampir Tangkap Penggodam IG
Instagram pelakon Korea, Lee Jong Suk hampir digodam selepas ada individu cuba mendaftar masuk ke akaun miliknya.
Bagaimanapun tindakan individu tidak bertanggungjawab itu sempat disedari Jong Suk sebelum aktor itu memuat naik foto paparan skrin mengenai cubaan menggodam akaunnya.
“Siapa kamu… Jangan lakukan perkara ini.” Tulisnya.
Menerusi foto tersebut, difahamkan cubaan menggodam itu dikesan dilakukan di Daejeon, Korea Selatan.
Menerusi ruangan komen, rata-rata peminatnya meluahkan rasa bimbang dengan kejadian tersebut.
Khuatir perkara itu berulang lagi, peminatnya juga mencadangkan Jong Suk mengambil tindakan undang-undang dengan memfailkan saman sekiranya berjaya menangkap penggodam tersebut.
Sumber: Soompi
Must-Watch Video