Penangan drama Lafazkan Kalimah Cintamu, peminat mula memanggil penyanyi dan pelakon Adibah Noor sebagai Kak Bong.

Menerusi drama tersebut, Adibah yang membawakan watak sebagai Kak Bong ternyata meninggalkan kesan dihati peminat drama tersebut.

Namun, Adibah menerusi entri terbaru di akaun Instagramnya meminta supaya tidak memanggilnya dengan nama tersebut.

“Terima kasih atas sokongan semua terhadap drama bersiri #lafazkankalimahcintamu. Segala pujian hanyalah buat Allah S.W.T yang meminjamkan sekelumit bakat yang ada untuk dikongsi bersama. Teruskan menyokong karya tanah air ya.

“Oh, seperkara lagi, siapa panggil saya Kak Bong saya tak layan. Sebab nama saya Adibah,”
tulisnya.



Entri berkenaan bagaimanapun diterima positif oleh pemintanya.

Malah mereka juga memuji bakat lakonan dan mengakui akan merindui ‘Kak Bong’ selepas tamatnya drama tersebut.

Foto: Instagram @adibah_noor