Hiburan

Siapa Penerima Anugerah Sri Wirama dan Kembara AIM 22?

gempak
Muhammad Ridhwan Roslan
18/12/2016
06:38 MYT
Sponsor Banner
Siapa Penerima Anugerah Sri Wirama dan Kembara AIM 22?
Anugerah Industri Muzik 22 (AIM22) malam ini bakal menyaksikan sebuah karya, diangkat sebagai yang terbaik.
16 kategori bakal dipertandingkan menyaksikan penyanyi nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza mendominasikan tujuh kategori untuk kali ini.
Namun, dua anugerah juri yang sentiasa mendapat perhatian ramai adalah Anugerah Sri Wirama dan Anugerah Kembara.
Untuk AIM22, milik siapakah trofi ini yang dinilai menerusi sumbangan penyanyi itu di peringkat tempatan dan antarabangsa.
Astro Gempak mengimbas kembali senarai pemilik trofi Anugerah Sri Wirama dan Anugerah Kembara yang mula diperkenalkan pada tahun 1993.
Anugerah Sri Wirama 1993: Ahmad Nawab dan Sudirman 1994: Ahmad Daud 1995: Ahmad Merican 1996: Tan Sri SM Salim 1997: Julie Sudiro dan Zain Azman 1998: Datuk Johari Salleh 1999: Datuk Sharifah Aini 2000: Rosiah Chik 2001: Datuk M. Nasir 2002: Ali Bakar 2003: Orkestra Nirwana 2004: Frankie Cheah 2005: S. Atan 2006: Freddie Fernandez 2007: Fauzi Marzuki 2008: Habsah Hassan 2009: Adnan Abu Hassan 2010/11: Beh Suat Pheng 2011/12: Kumpulan Alleycats 2012/13: Tony Fernandes 2013/14: Ramli Sarip
Anugerah Kembara: 1996: Datuk Sheila Majid 1997: Kumpulan Slam 1998: Kumpulan Raihan 1999: Kumpulan KRU 2000: Datuk Siti Nurhaliza 2001: Kumpulan Raihan 2004: Datuk Siti Nurhaliza 2005: Datuk Siti Nurhaliza 2006: Kumpulan Raihan 2008: Kumpulan Pop Shuvit 2010: Kumpulan Bunkface 2011: Yuna 2012: Mizz Ninq 2013: Sheila Amzah
AIM 22 disiarkan secara langsung hari ini dari Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), disiarkan menerusi saluran Astro Ria (104) dan Ria HD (123) pada jam 9 malam serta dihoskan oleh Adibah Noor dan Harith Iskander.
Teks oleh: Mohd Ishahrulddin Tahir
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live