Menerusi entri di Instagram (IG), Zarina memberi amaran kepada orang ramai supaya tidak melakukan perkara yang tidak diingini kepada ibunya.
"Rindunya kat buah hati I ni yang comel ni. Muka je garang mak I ni, tapi lembutnya hati.
"Ofcourse la, ibu yang baik memang macam tu, tak ada boleh lawan mulianya mak I.
"Sakitkan hati I tak apa, tapi sapa sakitkan hati dia I gigit dia sampai masuk icu," tulisnya.
Menerusi ruangan komen rata-rata mengakui terhibur dengan kapsyen yang ditulis oleh Zarina.
Namun ada juga yang sempat mengusik Zarina dengan menawar diri mereka untuk menjadi menantu kepada ibunya.