Masa untuk Gempak Most Wanted Awards 2024! Ketahui siapa yang menang dan strim LIVE hari ini!
BERITA

"Siapa Sakitkan Hati Dia, I Gigit Sampai Masuk ICU" - Ini Amaran Zarina AF2

Rozaimi Zubaidi 30/01/2019 | 03:49 MYT
Pelakon dan bekas peserta Akademi Fantasia musim kedua, Zarina Zainoordin mengakui kagum dengan sikap yang ditunjukkan oleh ibunya sejak kecil lagi.
Menerusi entri di Instagram (IG), Zarina memberi amaran kepada orang ramai supaya tidak melakukan perkara yang tidak diingini kepada ibunya.
"Rindunya kat buah hati I ni yang comel ni. Muka je garang mak I ni, tapi lembutnya hati.
"Ofcourse la, ibu yang baik memang macam tu, tak ada boleh lawan mulianya mak I.
"Sakitkan hati I tak apa, tapi sapa sakitkan hati dia I gigit dia sampai masuk icu," tulisnya.
Menerusi ruangan komen rata-rata mengakui terhibur dengan kapsyen yang ditulis oleh Zarina.
Namun ada juga yang sempat mengusik Zarina dengan menawar diri mereka untuk menjadi menantu kepada ibunya.
#pelakon #Penyanyi #Pelakon #Penyanyi #Zarina Zainoordin