Hiburan
“Siapa Sangka Pertemuan Di Smule… Yes! True Story!” – Dazrin Terkenang Saat Kenal Isteri
Pelakon, Dazrin Kamarudin mengimbas kembali saat berkenalan dengan isterinya, Nur Fazulin Razali beberapa tahun lalu.
Menurut Dazrin, dia juga tidak menyangka pertemuan menerusi aplikasi Smule berjaya membawa mereka sehingga ke jinjang pelamin.
Mengimbas kembali detik tersebut, Dazrin juga turut memuat naik foto bersama isterinya ketika sedang Smule menerusi posting terbaru di akaun Instagramnya semalam.
“Siapa sangka pertemuan kami beberapa tahun lepas di @smule. Yes, yes true story... Jauh betul dari Jeddah boleh smule dengan @_fazfaz_ haha.
“Alhamdullilah jodoh pertemuan di tangan Allah… Tak sangka dah ada @dasukiiiiiiii sekarang! Hehe Thank you pada yang wish happy anniversary pada kami. Semoga kekal till jannah Insya-Allah. Amin
“#doayangbaikbaik #happyaniversary #husbandandwife #wife #love ##tilljannah #alhamdullilah #thankful #akulahkekasihmu #smule #commentyangbaik2,” tulisnya.
Dalam pada itu, menerusi ruangan komen, rata-rata pengikutnya mendoakan kebahagaiannya pasangan berkenaan.
Terdahulu, Dazrin dan Nur Fazulin Razali yang bertugas sebagai ketua pramugari sebuah syarikat penerbangan itu berkahwin pada Mei 2017 di Melaka.
Hasil perkahwinan itu, pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata, Dasuki Dazrin pada 13 April 2018.
Foto: Instagram @dazrin88
Must-Watch Video