Borak & chill dari isu semasa ke topik viral. Tonton rancangan bual bicara di SeeNI sekarang!
Berita

"Siapa Tak Mahu Berkahwin, Saya Pun Macam Orang Lain Juga" - Risteena Munim

Rozaimi Zubaidi 23/03/2018 | 03:56 MYT
Pelakon Risteena Munim mengakui dirinya sudah mempunyai niat untuk berkahwin namun sehingga kini masih belum mempunyai calon.
Menurut Risteena Munim, 29, pada usianya kini dia sudah mula berfikir mengenai hal perkahwinan dan sedang mencari calon suami yang sesuai.
"Siapa tak mahu berkahwin, saya pun macam orang lain yang mahu hidup berumah tangga juga.
"Buat masa sekarang memang tiada siapa yang istimewa dalam hati saya, kawan-kawan tu ramailah.
"Pada usia sekarang saya rasa adalah fasa yang sesuai untuk mula memikirkan lebih serius tentang perkara itu.
"Namun, saya tidak mahu meletakkan sasaran bila nak berkahwin kerana saya tidak mahu kecewa bila apa yang dihajati tidak tercapai," katanya kepada Astro Gempak.
Risteena berkata demikian ketika ditemui pada malam gala filem Hantu Wangan di Mmcineplexes e@curve, Mutiara Damansara, baru-baru ini.
Selain Risteena, filem Hantu Wangan dibintangi oleh Achey, Cat Farish, Suffian Shafi, Ruminah Sidek dan Syanie Aida.
Jangan lupa untuk menyaksikan filem Hantu Wangan di pawagam berdekatan.
#pelakon #Pelakon #Hantu Wangan #Risteena Munim
;