Keluarga Mr. Jayden sudah mula huru-hura selepas dua isterinya mendapat tahu Nadia dipilih untuk dibawa bercuti ke luar negara tanpa undian.

Semuanya gara-gara dalam episode ke lapan drama The Maid semalam, menunjukkan Jayden dan Nadia sudah berbaik selepas isteri keduanya itu cuba menipu mengenai kehamilannya.

Dua lagi isterinya, Suhana dan Fika tidak berpuas hati dan mereka menyimpan dendam terhadap Nadia.

Namun terbaharu dalam video pengakuan The Maid espiod lapan, pembantu rumah Citra mendedahkan semua dalam keluarga Jayden itu hanya berpura-pura baik.

“Semua orang fake dalam keluarga ni, depan memang baik tapi belakang punya lah teruk perangai mereka.

“Tak mustahil lah Elissa boleh kena bunuh,” dedahnya.

Apa lagi yang didedahkan dalam video pengakuan The Maid episode 8? Saksikan video penuh tersebut:


Saksikan drama The Maid setiap hari Rabu, pada jam 9.30 malam di Astro Ria (124) dan Astro Ria HD (104).
Jika anda terlepas untuk menonton epsiod terdahulu, anda juga boleh strim di Astro Go dan On Demand dan buat carian The Maid.

The Maid menampilkan pelakon-pelakon hebat seperti Norman Hakim ,Mira Filzah, Sherry Al Hadad, Datin Paduka Eina Azman, Ezzaty Abdullah, Zarina Zainoordin, Ieda Moin, Nadya Shahera, pengacara Gempak TV iaitu Isha Norsham dan Siti Khadijah.

The Maid mengisahkan seorang lelaki bernama Jayden seorang penulis novel yang popular. Di mata masyarakat, Jayden dan empat isterinya hidup dengan penuh harmoni dan kasih sayang tetapi sebenarnya tidak. Setiap daripada mereka membenci antara satu sama lain dan hanya berpura-pura bahagia.

Bagaimana pun, hanya pembantu rumah mereka sahaja tahu cerita sebenarnya. Konflik timbul bermula dengan kematian isteri keempat Jay iaitu Elisa lakonan Mira Filzah. Elisa dijumpai mati ketika Jay dan isteri-isterinya mengadakan makan malam dan ketiga-tiga isteri Jay yang lain merupakan suspek pembunuhan.

Penyiasatan bermula dan rahsia demi rahsia milik isteri Jay telah dibongkar. Situasi menjadi lebih misteri apabila Citra lakonan Siti Khadijah Halim muncul sebagai pembantu rumah yang baru.

Siapakah dalang disebalik kematian Elisa? Semuanya bakal dibongkar dalam drama bersiri THE MAID setiap Rabu, jam 9.30 malam di Astro Ria (124) dan Astro Ria HD (104). Anda juga boleh strim di Astro Go dan On Demand