Berita

"Siapa Yang Tak Pakai Tudung, Hantar Resume Kat Saya," Zarina Zainuddin Cari Calon Menantu?

gempak
ZULHILMI JALIL
26/11/2019
10:25 MYT
Sponsor Banner
"Siapa Yang Tak Pakai Tudung, Hantar Resume Kat Saya," Zarina Zainuddin Cari Calon Menantu?
Pelakon Zarina Zainuddin berkongsi cerita mengenai anak lelakinya, Azal yang meluahkan hasrat mahu mendirikan rumah tangga.
Zarina, 49, berkata, Azal atau nama sebenarnya Muhammad Raizal Azrai, 23, yang merupakan seorang anak autisme turut menyatakan kepadanya mengenai ciri-ciri wanita idaman yang diinginkannya sebagai teman hidup.
"Azal mencari yang tinggi lampai, putih melepak dan tidak pakai tudung.
"Siapa yang memenuhi kriteria tak pakai tudung, hantar resume kat saya ya. Nanti saya pilih yang sesuai," kata Zarina yang berkongsi perkara tersebut menerusi IGTV miliknya.
Bahkan, dalam video usikan tersebut, Azal turut memberitahu dia mahukan dua orang cahaya mata.
"Saya suka baby girl. Nak dua-dua perempuan, Zia dan Bella (nama bayi)," katanya.
Perkongsian rakaman video itu kemudian menerima pelbagai respons dalam kalangan pengikutnya.
Biarpun ia sebagai satu video usikan sahaja, namun, rata-rata mendoakan agar Azal dapat bertemu jodoh dengan seseorang yang diinginkan sebagai teman hidupnya.
"Yang pakai tudung itu lebih bagus Azal.
"Amboi, selera tinggi nak oiii.
"Semoga Azal mendapatkan jodoh yang solehah sesuai dengan pilihan Azal ya," tulis sebahagian netizen di ruangan komen.
Zarina mempunyai anak kembar autisme, Azal dan Muhammad Razil Azrai (Azil).
Kisah pengorbanan dan kesabaran Zarina membesarkan dua orang anak autismenya sering mendapat perhatian dan menjadi contoh kepada mereka yang mengalami nasib sama.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live