Pelakon Azhan Rani meluahkan rasa kesalnya apabila drama bersiri lakonannya, KL Gangster Underworld yang ditayangkan di iflix kini dicetak rompak dan dijual di pasar malam.

Azhan Rani berkata pihak tidak bertanggungjawab itu hanya mengaut keuntungan di atas titik peluh orang lain.

“Lambung la setinggi gunung, puji la setinggi langit ..
apalah maknanya segala penat lelah kami yang membikin karya yang sangat tidak mudah untuk dihasilkan ini.. daripada penerbit, penulis skrip, pengarah, pelakon, malah krew di belakang kamera yang membanting tulang siang dan malam untuk
#klgangsterunderworld ini..

“Betapalah hancur luluh hati ini melihat penat lelah di rompak seperti ini.. siapakah lanun yang layak dibayar dengan hasil rompakan daripada titik peluh kami? siapakah si BANGANG tak berhati perut yang sanggup membayar mereka membeli dvd haram sedangkan ianya PERCUMA dengan kualiti cerita gambar dan audio dari @iflixmy untuk anda.. PERCUMA di #iflixFree ..

“Cakap berbuih pun susah nak fahamkan semua.. selagi titik peluh korang belum dirompak, selagi itu korang takkan sedar dan nampak! terima kasih atas keperihatinan dan maklumat ini. dvd haram ini dikesan di sebuah pasar karat di JB..

“Mungkin sukar membendung lanun dvd haram ini tapi anda boleh membantu melumpuhkan mereka dengan TIDAK MEMBELI dan membuat aduan kepada pihak berwajib.. atas sokongan, keprihatinan, dan kesedaran kami ucapkan setinggi2 terima kasih,” luahnya.

Luahannya itu ditulis menerusi entri di Instagram (IG) miliknya.