Hiburan

"Siapalah Aku Ni Nak Bergandingan Dengan Fendy Bakry" - Syifa Melvin

gempak
Kamaruddin Razal
17/05/2019
01:11 MYT
Sponsor Banner
"Siapalah Aku Ni Nak Bergandingan Dengan Fendy Bakry" - Syifa Melvin
Pendatang baru dunia hiburan, Syifa Melvin mengakui dia tidak berhubung aktor Fendy Bakry.
Pernah digosipkan bercinta, Syifa menafikan dia pernah menjalin hubungan dengan aktor itu.
"Kami tak ada apa-apa hubungan. Bila ada yang gosipkan saya dengan Fendy, saya rasa macam, 'Siapalah aku ni nak bergandingan dengan Fendy Bakry'.
"Kami memang tak berhubung pun. Bahkan, di laman Instagram pun kami tak mengikuti akaun masing-masing.
"Mungkin netizen kaitkan kami kerana sebelum ini kami pernah menghadiri beberapa acara yang sama.
"Kami memang kawan sahaja, tak lebih dari itu," kata Syifa.
Syifa ditemui di majlis berbuka puasa Keceriaan Bersama Lancome di Concourse, Sogo Kuala Lumpur malam tadi.
Tambah Syifa, dia juga tidak menolak jika ada pengarah dan penerbit yang mahu menggandingkan mereka dalam satu naskah.
"Macam saya jelaskan sebelum ini, kami hanya kawan dan saya tak ada masalah mahu digandingkan bersama Fendy.
"Jika ada penerbit atau pengarah yang mahu menggandingkan kami dalam satu naskah, saya profesional untuk menjayakannya jika karya tersebut berkualiti," katanya lagi.
Selain Syifa, majlis terbabit turut dihadiri oleh Tasha Shilla, Faralyna Idris dan Hani Fadzil.
Majlis turut diserikan dengan kehadiran aktres Mira Filzah selaku wajah rasmi kempen Ramadan Raya Lancome.
A post shared by MIRA FILZAH (@mfmirafilzah) on
Untuk maklumat lanjut mengenai kempen Ramadan Raya Lancome, layari laman web https://raya.lancome.com.my
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live