Usahawan kosmetik yang baru-baru ini tular dengan videonya memaki-hamun pengawal keselamatan di sebuah gedung perabot di ibu kota sekali lagi mencuri perhatian netizen.

BACA: "Aku Sepak Kang!" - Dihalang Masuk Gedung Perabot Tanpa Pelitup Muka, Gadis Tantrum Maki Pengawal Keselamatan

Menerusi entri akaun Facebook yang menggunaan gambar miripnya, wanita terbabit mempertikaikan tugas dan kredibiliti pengawal keselamatan.

Tulisnya, selain punyai tangga gaji yang rendah, pengawal keselamatan juga kata wanita terbabit berlagak umpama anggota beruniform lain.

"Siapalah Pak Guard nak dibandingkan Ceknon, gaji pun basic RM1,000 sahaja.

"Nak dibandingkan Ceknon yang founder berpuluh-puluh ribu ringgit sehari.

"Kepada bini-bini yang dapat laki kerja guard ni patutlah hitam dan gemuk rupanya laki kau gaji ciput, sayangnya tak dapat nak cantikkan isteri.

"Lepas tu si laki berlagak ada kuasa macam pak polis, tolonglah sedar diri awak tu guard untuk menilai keselamatan dan kecurian je. Bukannya menjaga kain pelekat orang.

"Malulah sikit awak tu guard kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Kerja sampah," tulis akaun tersebut.

Selain menulis kapsyen berunsurkan provokasi, akaun terbabit turut menggunakan foto wanita terbabit.

Difahamkan kenyataan tersebut dimuatnaik sehari selepas kejadian pergaduhan di gedung perabot itu sekitar Khamis lepas.

Meninjau ruangan Twitter pula, paparan skrin wanita terbabit kini tular dan sedang kecoh diperkatakan ramai.

Ada yang tidak berpuas hati dengan kenyataannya selain menyiarkan wajah sebenar wanita itu.