Kecoh di media sosial sejak semalam apabila seorang lelaki bertindak mencium bibir kanak-kanak yang didakwa sebagai adik angkatnya.

Individu yang juga pengasas produk kecantikan terbabit memuat naik beberapa video yang memaparkan perilaku sedemikian menerusi akaun TikTok miliknya yang kini sudah dinyahaktif.

Perkara tersebut sekali gus mengundang kemarahan ramai apabila disifatkan sebagai keterlaluan.

Namun tindakan tersebut telah dibawa ke peringkat pihak berkuasa apabila polis kini sedang mengesan pengasas produk kecantikan tersebut.

Perkara itu didedahkan oleh Penolong Pengarah Bahagian Siasatan Jenayah Seksual, Wanita dan Kanak-Kanak (D11), Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Asisten Komisioner Siti Kamsiah Hassan.

Menerusi laporan Bernama, Siti Kamsiah memberitahu lelaki tersebut dikehendaki bagi membantu siasatan berhubung videonya yang tular di media sosial.

“Polis juga sedang mengesan kanak-kanak berkenaan serta saksi kejadian.

"Siasatan kes berkenaan lebih kepada Akta Kesalahan Seksual Kanak-Kanak dan memberi tumpuan dalam mengesan kanak-kanak berkenaan," katanya.

BACA : Dakwa Cium Bibir Adik Angkat Perkara Normal Tunjuk Rasa Sayang, Lelaki Deactivated Akaun TikTok Selepas Dikecam Wargamaya!