Borak & chill dari isu semasa ke topik viral. Tonton rancangan bual bicara di SeeNI sekarang!
Hiburan

Siasatan Kes Along Cham Telus, Ikut Peruntukan Undang-Undang - Polis

Gempak 20/12/2024 | 21:55 MYT
Siasatan berhubung kes artis, Along Cham atau nama sebenarnya Muhammad Nizamudin Ahmad, 41, yang ditahan berkaitan kes ganja dilakukan dengan telus dan mengikut peruntukan undang-undang.

Siasatan secara telus dijalankan
Timbalan Ketua Polis Selangor, Datuk S Sasikala Devi berkata, pada 14 Disember, Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sepang telah menahan selebriti terbabit.

"Pihak polis telah menjalankan siasatan secara telus dan mengikut undang-undang yang telah ditetapkan.

"Pada 19 Disember (Khamis), kertas siasatan dirujuk kepada pihak Timbalan Pendakwa Raya dan telah mendapat arahan pertuduhan di bawah Seksyen 6 dan boleh dituduh di bawah Seksyen 39A(2) Akta Dadah Berbahaya 1952," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.
Tambahnya, pada Jumaat, selebriti berkenaan telah dibawa ke mahkamah untuk pertuduhan.

Jangan sebarkan kandungan tak sahih
Jelas beliau, pihak polis menegaskan bahawa dakwaan yang tidak disahkan boleh berpotensi menimbulkan kekeliruan dalam kalangan masyarakat.

"Diingatkan orang ramai agar tidak menyebar kandungan yang tidak sahih," ujarnya.

Sasikala Devi berkata demikian susulan dakwaan isteri kepada Along Cham di siaran langsung Instagram yang mengatakan dia dipaksa oleh salah seorang anggota polis supaya menukar kenyataan yang diberikan dalam laporan berhubung penangkapan suaminya.

ARTIKEL BERKAITAN:Rayuan Along Cham Ditolak, Mengaku Tidak Bersalah Miliki Dadah Jenis Kanabis

ARTIKEL BERKAITAN:Pelawak Lelaki Miliki Ganja Didakwa Jumaat

ARTIKEL BERKAITAN:Suami Mengaku Tidak Bersalah Cederakan Zahnita Wilson

ARTIKEL BERKAITAN:"280 Orang Satu Bilik" - Ini Realiti Situasi Perit, Ngeri Di Penjara Narathiwat

ARTIKEL BERKAITAN:Penyanyi Yasin Sulaiman Dijatuhi Hukuman Penjara Seumur Hidup, 16 Sebatan

Sinar Harian sebelum ini melaporkan, polis menemui dua peket plastik berisi daun kering disyaki ganja seberat 60.3 gram.
Selain itu, Along Cham juga disahkan positif dadah jenis Tetrahydrocannabinol (THC).
Selebriti itu kemudian direman lima hari dan dilanjutkan empat hari lagi sebelum menerima arahan pertuduhan pada Jumaat di Mahkamah Sepang daripada Timbalan Pendakwa Raya.
Sumber: SINAR HARIAN
#Dadah #Along Cham #Ganja #Polis #Siasatan
;