Hiburan

Sibuk Bekerja, Alif Satar Serah Tugas Persediaan Raya Kepada Isteri - “Saya Bayar Sahaja”

gempak
Umirah Halim
09/04/2024
08:00 MYT
Sponsor Banner
Sibuk Bekerja, Alif Satar Serah Tugas Persediaan Raya Kepada Isteri - “Saya Bayar Sahaja”
Selebriti versatil, Alif Satar menyerahkan segala urusan persiapan raya pada tahun ini kepada isterinya, Sha Dila Hadid.

Serah persiapan kepada isteri

Menurut Alif, 33, perkara itu dilakukan atas sebab dia sibuk dengan urusan bekarja jadi telah memilih untuk menyerahkan tugas itu kepada isterinya.
“Alhamdulillah, macam biasa saya sibuk bekerja urusan untuk raya semua ini saya tinggalkan kepada isteri.
“Saya cuma bayar dan transfer duit sahaja dekat dia,” ujarnya ketika ditemui Gempak.

Aktiviti 1 Syawal

Sementara itu, Alif turut berkongsi antara aktiviti yang sering dilakukan pada pagi Syawal.
Ujar Alif, rumahnya juga akan menjadi rumah terbuka buat sahabat-sahabat yang tidak pulang raya ke kampung.
“Lepas solat raya, saya akan bersalam-salaman dengan adik beradik dan ibu bapa saya.
“Sepanjang hari raya kami akan makan dan tengok TV.
“Hari pertama rumah saya memang terbuka untuk sesiapa yang nak datang.
“Sebab rumah saya akan jadi HQ (tempat berkumpul) kepada semua kawan-kawan yang tak balik raya.
“Jadi saya tak sabar nak bertemu dengan kawan-kawan dan sepupu-sepupu saya yang akan balik nanti,” tambahnya lagi.

Makna Syawal bagi Alif

Dalam pada itu, Alif turut sempat berkongsi makna Syawal baginya pada tahun ini.
Bagi Alif, dia sentiasa mengingatkan dirinya untuk mensyukuri nikmat yang diberikan Tuhan disamping sentiasa tidak lupa akan umat Islam yang kurang bernasib baik.
“Pada saya mungkin pendekatan ini berbeza ada orang yang bernasib baik yang Allah limpahkan rezeki, ada yang tidak jadi kita sentiasa mensyukuri nikmat.
“Jadi raya tahun ini kita kena sambut dengan rasa bangga kerana telah diberi peluang untuk bertemu Ramadan dan menyambut Hari Raya.
“Marilah kita teruskan untuk membantu dan mendoakan saudara-saudara Islam kita yang ditindas dan orang-orang yang kurang bernasib baik di negara kita juga,” tambahnya lagi.

Berita Trending: "Saya Tak Pernah Sertai 'After Party', Lepas Event Balik Rumah Terus" - Alif Satar

Berita Trending: Alif Satar Nafi Menunjuk-Nunjuk Buat Kebaikan, Syukur #GengSubuhMacamJumaat Diterima Baik! - "Saya Nak Semua…
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024