Pelakon dan penyanyi Marsha menjelaskan kehidupan serta kerjaya yang sibuk menyebabkan dia berjumpa suaminya hanya pada waktu malam sahaja.
Menurut Marsha atau nama sebenarnya Marsha Milan Londoh, 32, jadualnya dan suami agak padat, menyebabkan mereka sukar untuk menghabiskan masa pada waktu siang.
"Kehidupan dan kerjaya saya amat padat buat masa ini dan cuma dapat berjumpa dengan suami pada malam sahaja.
"Sebenarnya saya dengan suami sering berjahuan kerana kami sibuk dengan corak hidup kerjaya masing-masing.
"Suami amat memahami kerjaya saya sebagai seorang selebriti jadi dia faham dengan situasi serta kerja yang saya lakukan diluar sana.
"Namun kami masih tetap mencari jalan bagaimana untuk membahagikan masa sebagai pasangan suami dan isteri," katanya kepada Astro Gempak.
Marsha berkata demikian ketika ditemui pada sidang media selepas pementasan Dia Semanis Honey, di Istana Budaya, Kuala Lumpur, baru-baru ini.
Tambah Marsha, dia akan mendapatkan restu suaminya dahulu sebelum menerima sebarang tawaran dan mereka akan berbincang terlebih dahulu sebelum membuat keputusan.
"Saya juga bersyukur kerana dia sangat memahami kerjaya saya dan setiap peluang tawaran yang dapat saya akan dapatkan restu daripada suami terlebih dahulu sebelum membuat keputusan," katanya.
Pementasan Dia Semanis Honey yang diarahkan oleh pelakon Dira Abu Zahar dan Syed Zalihafe Syed Alwee ini akan dipentaskan di Panggung Sari Istana Budaya selama tujuh hari bermula 3 hingga 9 Januari ini.
Selain Alif Satar, pelakon lain yang terlibat ialah Siti Nordiana, Nadya Syahera, Datin Nina Juren, Dafi Ismail Sabri, Ungku Hariz serta Marsha Milan Londoh.
Tiket-tiket boleh didapati dengan harga antara RM 40 hingga RM180 di laman web www.airasiaredtic.com.
Teks Oleh: Rozaimi Zubaidi
Rozaimi Zubaidi
Sun Jan 08 2017
Enggan Dedah Hal Rumah Tangga, Rusdi Ramli Anggap Lebih Bawa Mudarat Berbanding Kebaikan
Pelakon dan pengarah, Rusdi Ramli memilih untuk tidak membuka mulut perihal rumah tangganya sehingga menjadi bahan bualan masyarakat. Menurut pelakon Tanda Putera itu, walaupun ramai beranggapan kehidupan peribadi artis selalu menjadi tumpuan, namun dia tidak berpegang kepada prinsip itu. Tegas Rusdi, bercerita mengenai situasi perkahwinan di med
Rakan Artis Dedah Irma Hasmie Sudah Bercerai 6 Bulan Lalu
Kawan baik Irma Hasmie tampil mendedahkan kisah sebenar.
Dua Remaja Ini Antara Jemaah Haji Termuda Dari Pahang
Dua remaja berusia 16 tahun antara 1,588 jemaah haji termuda yang terpilih menjadi tetamu ALLAH sempena musim Haji Tahun 1445H/2024M.
Hariz Hamdan Pernah Diejek Gemuk, Berat Badan Cecah 98 Kilogram Ketika Usia 14 Tahun
Pelakon kacak, Hariz Hamdan mengakui pernah menjadi mangsa hinaan segelintir individu dan diejek gemuk ketika melewati usia remaja.
Ben Amir Lebih Selesa ‘Single’, Mahu Fokus Jadi Pelakon Aksi - “Saya Tengah Seronok Nak Bekerja…”
Ben Amir nak jadi pelakon filem aksi!
“Malu Ke Netizen Tahu Dunia Seni Malaysia Teruk…” - Wargamaya Tolak Solidariti Erma Fatima Terhadap Ruhainies & Sophia Albarakbah?
Rata-rata memberikan pendapat yang bertentangan dengan Erma.
Rizky Febian, Penyanyi Lagu Sial, Mahalini Kahwin 5 Mei Ini
Sejak bercinta dan mengikat tali pertunangan, hubungan asmara penyanyi Rizky Febian dan Mahalini tidak pernah surut dengan pertanyaan ‘bila nak kahwin’.
Atta Halilintar Akui Bukan Mudah Jadi ‘Daddy Muda’ - “Anak Perempuan Ini Tanggungjawab Atas Ayahnya Sampai Nikah”
Suka tengok Ameena & Azura.
Upload IG Story Makan Aiskrim, Jenama Coklat Ini Dikritik Kerana Dianggap Bekerjasama Dengan Ruhainies?
Aktres Ruhainies seakan-akan tidak dapat berhenti daripada menerima kecaman netizen tidak kira apa tindakan yang dilakukannya.
Seniman Mohon Sarah Yasmine Henti Keruhkan Keadaan, Rosakkan Imej Artis Malaysia
Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) menggesa wanita yang didakwa kekasih gelap kepada penyanyi Aliff Aziz iaitu Sarah Yasmine untuk menghentikan sebarang tindakan yang boleh mengeruhkan keadaan serta merosakkan imej artis Malaysia.