Bekas bintang Akademi Fantasia 2014, Adel akui sifat penyayang suaminya, Muhammad Affan Jumahat, 29, berjaya menambat hatinya.
“Saya rasa bersyukur kerana dikurniakan seorang lelaki yang memahami kerjaya dan juga diri saya.
“Dia merupakan seorang lelaki yang bersikap matang dan bertanggungjawab. Selain itu saya juga jatuh cinta dengan sifat penyayangnya dan sepanjang mengenali Affan semuanya baik-baik saja.
“Tak jadi masalah pun kahwin diusia 23 tahun lagipun perkahwinankan satu perkara yang baik dan saya rasa bersyukur sangat,” katanya ketika dihubungi Astro Gempak.
Dalam pada itu mengulas mengenai bidang nyanyian, Adel atau nama sebenarnya Adeline Joyce Masidah memberitahu suaminya tidak memberikan sebarang halangan terhadap kerjayanya.
“Nyanyian adalah minat saya dan saya rasa gembira apabila suami memberikan keizinan untuk teruskan kerjaya sebagai penyanyi.
“Dia tidak memberikan apa-apa halangan dan sentiasa memberikan sokongan terhadap apa sahaja yang saya lakukan,” ujarnya.
Sementara itu, berbicara mengenai lokasi berbulan madu, Adel menjelaskan buat masa ini dia dan suami masih lagi belum membuat perancangan untuk bercuti.
Adel selamat dinikahkan dengan seorang ahli perniagaan Muhammad Affan Jumahat, 29, dengan sekali lafaz di Taman Seri Gaya, Kota Kinabalu, Sabah semalam dan dihadiri lebih 200 tetamu.
Majlis tersebut juga turut dihadiri oleh bekas isteri Affan bersama tiga anaknya.
Manakala majlis resepsi mereka berlangsung pada hari ini bertempat di Tuaran.
Pasangan ini mula berkenalan sejak setahun lalu dan mengikat tali pertunangan pada 3 Disember lalu.
Terdahulu, hubungan mereka hangat diperkatakan apabila Adel didakwa menjadi orang ketiga dalam keretakan rumah tangga Affan dan bekas isteri.
Teks oleh: Mya Amri
Mya Amri
Sun Jan 01 2017


MLS3: Selit Tersingkir, Juri Kata Mahu Lawak Ketawa Besar Bukan Hanya Sekadar Senyum Kambing
Usaha Selit memang patut dipuji, tak pernah putus asa.
_3.png?ext=.png)
Sarat Dengan Aksi & Lebih Mendebarkan, Ini 10 Sebab Anda Perlu Menonton House of The Dragon
Jom saksikan House of Dragon

Mangsa Dakwa Lakukan S*ks Dengan R. Kelly Ratusan Kali Seawal Usia 15 Tahun
Penyanyi R. Kelly kini menjalani kes mahkamah buat kali kedua atas tuduhan melakukan pornografi kanak kanak dan beberapa kes lain berkaitan seksual.

Isteri Selamat Dibedah, Ramai Doakan Achey – “Semoga Dipermudahkan Semuanya”
Semoga dipermudahkan semuanya.

Sooka Original Series Ini Buat Rindu Zaman Sekolah, Ini Perangai Karakter Drama Kau Vs Aku
Drama Original siri sooka berjudul Kau Vs Aku merupakan adaptasi webnovel Wattpad karya Nurul Husnina Mockthar.

“Berhijab Tak Semestinya Tak Boleh Berfesyen” - Cantiknya Penampilan Ummi Nazeera & Abang Di KLFW!
Adik-beradik fesyen!

Terlepas Konsert Billie Eilish, Nabil Rugi Lima Tiket Bernilai RM2,540 - “Memang Allah Tak Izin..”
Takde rezeki.

'Alat Muzik Lama' Didakwa Punca 25 Pelajar Sekolah Diserang Histeria
Semoga dipermudahkan.

Duit & Kerja Tak Ada, Amber Heard Ditawar Berlakon Filem Porno?
Nama Amber Heard dan Johnny Depp memang mendominasi ‘carta’ pemberitaan dari serata dunia sepanjang tahun ini.

Gara Gara Suntik Silikon Di Salon, Pelawak Ini Dipanggil Nenek Sihir
Pelakon dan pelawak veteran Indonesia, Mpok Atiek memang tidak pernah menyembunyikan fakta dirinya melakukan suntikan silikon pada wajah untuk kelihatan cantik.