Viral

Sifatkan Kes Khalwat Aliff Aziz Satu Marketing, Sajat: “Saya Rasa Marketing Ganas Ni”

gempak
Maliah Surip
10/03/2024
05:55 MYT
Sponsor Banner
Sifatkan Kes Khalwat Aliff Aziz Satu Marketing, Sajat: “Saya Rasa Marketing Ganas Ni”
Insiden pelakon Aliff Aziz dan Ruhainies ditangkap khalwat di sebuah kondominium mewah kelmarin masih menarik perhatian ramai.
Meski kedua-duanya sudah ‘membuka mulut’ di akaun Instagram masing-masing dan berjanji untuk menjelaskan keadaan serta salah faham yang berlaku, masih ramai yang memberi pendapat tentang kes tersebut.
Salah satunya pendapat daripada Sajat yang sentiasa menghiburkan hati pengguna media sosial.
Menerusi sebuah video dirinya sedang bersolek, Sajat yang kini menetap di Sydney, Australia melahirkan pendapat setelah mendapat persoalan daripada netizen.
“Pada pendapat Sajat lah ya bila sudah selalu sangat macam ini, nampak lain dah.
“Setiap kali Aliff ada drama mesti ada benda dengan perempuan. Lelaki memang dengan perempuan. Takkan dengan pondan cantik macam Sajat kan,” ujar Sajat.
Dia malah menyifatkan ‘drama’ yang terjadi seperti satu marketing.
“Saya rasa ini macam marketing sebab selalu sangat. Bila Aliff berlakon mesti ada marketing tangkap khalwat,” katanya lagi.
Pada masa sama, Sajat turut menasihatkan isteri Aliff iaitu Bella Astilah untuk meneruskan kehidupan yang lebih baik tanpa suaminya jika dia sekali lagi berlaku curang.
“Sajat minta maaf ya Bella, Sajat melawak saja. Tapi kalau betul Bella fikirlah. Bella perempuan dan awak masih lawa.
“Kalau Aliff curang lagi, Bella sudah patut fikir tentang diri Bella,” katanya.
Selain kes khalwat bersama Ruhainies, Aliff sudah beberapa kali menjadi tajuk utama kerana curang dengan isterinya, Bella.

BERITA TRENDING: “Kalau Nak Tangkap, Tengok Balik Diri Kita” - Fathia Latiff Anggap Aib Seseorang Tak Perlu Disebarkan

BERITA TRENDING: Ruhainies Buka Mulut Isu Khalwat Dengan Aliff Aziz - “Ada Beberapa Kenyataan Yang Kurang Tepat”

Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024