Jom undi InilahHeroKITA 2024 yang memberikan inspirasi melalui media sosial sekarang! 

“Sihat Gebu Anak Perempuan Aku” - Syatilla Melvin Selamat Bersalin

Mya Amri
17/04/2019 05:29 MYT
Pelakon dan isteri aktor Shaheizy Sam, Syatilla Melvin selamat menimang cahaya mata keduanya.
 
Berita gembira itu diumumkan Syatilla menerusi akaun Instagramnya sebentar tadi.
 
Menurut Syatilla atau lebih mesra dengan panggilan Tilla, anak keduanya itu berada dalam keadaan sihat.
 
“Alhamdulillah baby girl kami dah keluaq, sihat gebu anak perempuan aku.
 
“Tadi sempat la buat tutorial makeup dalam ot room.
 
“Thank you sayang ku Sezzy seng sentiasa di sisi,” tulisnya.
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Alhamdulillah baby girl kami dah keluaq????sihat gebu anak pompuan aku♥️tadi sempat laaa buat tutorial makeup dlm oT room?thank u sygku sezzy seng sentiasa di sisi♥️ #kekaSih @kpjampangputeri the best♥️

A post shared by S Y A T I L L A M E L V I N (@samtilla) on

Dalam pada itu, menerusi ruangan komen rata-rata pengikutnya mengucapkan tahniah buat pasangan tersebut.
 
Shaheizy dan Syatilla berkahwin pada 8 Februari 2016 dan dikurniakan cahaya mata lelaki, Syeriv Samheizy pada 9 Mei 2017.
 
 Foto: Instagram @samtilla
 
#Bersalin #Shaheizy Sam #Syatilla Melvin