Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Sikap Ambil Berat Seorang Abang Kepada Adiknya Pada Hari Pertama Persekolahan Raih Perhatian Netizen

Firdaus
12/03/2024 07:55 MYT
Sesi persekolahan bagi tahun 2024/2025 bermula pada Isnin.

Oleh itu, sudah tentu sekolah-sekolah yang baru sahaja dibuka dipenuhi dengan pelbagai gelagat kanak-kanak yang baru sahaja menjejakkan kaki ke alam pembelajaran formal.

BERITA TRENDING: Ini Kisah Pelajar Tahfiz Yang Tidak Dijemput Pulang Ke Rumah Oleh Keluarga Meskipun Cuti Sekolah Telah Bermula

Hal yang sama turut dilalui oleh dua beradik ini yang dapat disaksikan menerusi perkongsian si ibu menerusi platform TikTok.

Menerusi perkongsian berkenaan, si ibu menyatakan dirinya terharu melihat interaksi kedua-dua anaknya ketika hari pertama persekolahan.

“Hari pertama sekolah cikgu bagi ibu bapa datang masa rehat untuk tengok gelagat anak-anak darjah satu masa makan, dan tiba-tiba saya nampak ni… Hati saya tersentuh,” tulis wanita itu di ruangan kapsyen.

undefined
Menerusi temu bual bersama World Of Buzz, wanita yang dikenali sebagai Wahida menerangkan bahawa konteks di sebalik video itu adalah tentang anak lelakinya yang kini berada dalam darjah tiga, mengambil berat terhadap adik perempuannya yang baru sahaja memulakan persekolahan.

Wahida turut memberitahu anak lelakinya itu sanggup menunggu dan memastikan adik perempuannya makan dengan betul sebelum membeli makanan untuk diri sendiri.

Setakat artikel ini ditulis, entri itu meraih lebih 10,000 tontonan di TikTok serta berjaya menyentuh hati ramai netizen.

Antara komen yang diterima:

“Teringat selalu abang saya akan jumpa saya waktu rehat sebelum belikan makanan,”

“Kasih sayang seorang abang terhadap adiknya,”

“So sweet abang sayangkan adik dia.”

Sumber: WORLD OF BUZZ/TikTok
#Viral #sekolah #Abang #Adik Beradik #Adik #Kanak-Kanak
;