Laman Utama

“Sikap Terus Berubah, Mungkin Saya Tak Sama Level” - Pernah Dilayan Buruk Pelakon Senior, Hariz Hamdan Ada Sebab Tak Dedah Umur Sebenar

Mya Amri
25/05/2022
08:30 MYT
Pelakon, Hariz Hamdan mendedahkan pernah menerima layanan kurang baik daripada pelakon senior hanya kerana umurnya masih muda.
Menurut Hariz atau nama sebenarnya Muhammad Hariz Muhammad Hamdan, 20, kejadian itu sedikit sebanyak meninggalkan kesan terhadap emosinya.
“Saya ada pengalaman di mana sebelum ini ada segelintir artis yang berubah sikap selepas saya mendedahkan umur.
“Masa hari pertama saya masuk set, kami berborak macam biasa tapi bila dia tanya dan saya beritahu usia saya, mereka berubah. Terus macam kurang berinteraksi dengan saya.
“Mungkin boleh diibaratkan seperti saya tidak sama level dengan mereka. Saya akui benda ini sedikit sebanyak memberikan kesan pada saya.
“Bukan apa sebab kita nak kena berlakon bersama jadi kalau boleh nak rasa selesa dalam set penggambaran.
"Sebab itu sekarang bila setiap kali saya masuk set sahaja, selagi orang (pelakon lain) tak tanya umur, memang saya tidak akan beritahu.
"Kalau mereka rasa saya tua dari mereka pun tak mengapa saya okay sahaja," katanya ketika ditemui Gempak.
Dalam perkembangan lain, Hariz kini sibuk dengan penggambaran filem seram berjudul Jemputan Ke Neraka arahan Amor Rizan.
Selain Hariz, filem terbitan AN Universal itu turut dibintangi oleh Janna Nick, Sharifah Sakinah, Hafreez Adam, Jasper Suppayah, Amy Nur Tinie dan Nick Syaf.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

“Saya Tak Pernah Keluarkan Kenyataan ‘Jilat’, Babak Itu Hanya Sekadar Cium Kaki” - Hariz Hamdan

gempak
24/07/2024
02:55 MYT
Pelakon Hariz Hamdan tampil menjelaskan mengenai tajuk sebuah artikel yang mengatakan dia melakukan babak ‘menjilat kaki’ aktres senior Farah Ahmad dalam drama Astro Original berjudul X-Change yang mengundang kecaman netizen.
Hiburan

“Babak Itu Jijik…” - Hariz Hamdan Akui Sukar Lakukan Aksi Cium Kaki

gempak
05/07/2024
13:12 MYT
Pelakon baharu, Hariz Hamdan mengakui dia perlu mencium kaki pelakon senior, Farah Ahmad demi menjayakan babak dalam drama terbaru Astro Original berjudul X-Change.
Hiburan

Hariz Hamdan Dibenci Kerana Farouk, Ada Makcik Siap Marah Lepas Makan - “ Dia Duduk Sebelah, Pandang-Pandang Lepas Tu…”

gempak
03/07/2024
00:58 MYT
Pelakon, Hariz Hamdan mengetahui dirinya dibenci gara-gara membawakan watak Farouk dalam drama Bunga Salju.
Hiburan

Meerqeen Suka Karaoke, Mierul Aiman Ditahan Peminat, Sharifah Sakinah Hantu Paling Slay! Ini Antara Perkara Menarik Di Acara Hello Putrajaya

gempak
25/06/2024
09:55 MYT
Astro terus membawakan pengalaman baharu untuk lebih dekat kepada pelanggan menerusi Jelajah Hello di seluruh di bandar di Malaysia.
Drama

Hisyam Hamid Gementar Jadi Lelaki ‘Autisme’, Hariz Hamdan Pula Tak Sangka Lakonan Jahat Menjadi Dalam Drama ‘Bunga Salju’

gempak
19/06/2024
06:55 MYT
Pelakon Hisyam Hamid mendedahkan buat kali pertama dia membawakan watak seorang lelaki autisme dalam drama siri yang sedang ditayangkan di Astro Ria iaitu Bunga Salju.