Pelawak Shahrol Shiro mengimbas kembali kenangan sewaktu pertama kali bekerjasama dengan penyanyi Alif Satar dalam sebuah program.

Shahrol menerusi posting terbaharu di akaun Instagramnya mendedahkan detik pertemuan mereka yang awalnya sedikit kekok.

Menurut Shahrol, pada ketika itu mereka membuat penilaian terhadap perwatakan pandangan pertama sehingga menimbulkan salah faham tentang keperibadian dan sikap masing-masing.

“2014 kali pertama aku berkenalan dengan seorang mamat bernama Alif Satar.Kitorang digandingkan dalam sebuah program 'Sukalattew'.

“Minggu pertama sebelum start program tu aku cubalah berbual dengan dia. Masa berbual sikit-sikit cakap omputih, siap dengan kening terangkat sambil buat rolling eyes kat aku.

“Dalam hati 'poyo gila mamat ni' ni kompom jenis-jenis minum laga gelas dulu, nak buang air pun kat KLCC ni. Minggu tu aku mintak nak tarik diri sebab tak nak partner dengan mamat ni.

“Rupanya dia pun sama, tak nak partner ngan aku jugak. Katanya aku macam budak kampung. Sikit-sikit sebut nama Kluang. Macam lah ada Pavillion kat Kluang tu.

“Bos dah pening kepala. Dia cakap cubalah sampai sebulan dulu. Pelan-pelan kenal satu sama lain. Aku pun setuju. Hadap je la dia berbual dan cuba kenal dia lebih rapat,” kongsinya.

Bagaimanapun jelas Shahrol, selepas berkenalan ternyata tanggapannya meleset kerana Alif merupakan seorang sahabat yang sangat baik.

“Rupanya apa tanggapan aku selama ni jauh meleset. Bila ada masalah aku luahkan dia pendengar yang baik dan dia cuba bantu semampu yang boleh.

“Kepala sama je gila-gila dengan aku. Break masa latihan akan solat asar sama-sama. Jauh dari budak moden yang ke arah barat yang aku sangka sebelum ini.

“Lama kelamaan hubungan itu sangat rapat. Masa aku kahwin dia lah pengapit aku. Gambar 2014 itu adalah hari terakhir program 'Sukalattew'.

“Terus terang air mata jantan masing-masing jatuh sebab itu adalah kali terakhir berada di atas pentas yang penuh kenangan bersama.

“2020 masing-masing dah berkeluarga. Cara berbual pun dah ke arah bapa-bapa.Tapi gila-gila masih ada.

“Moral of the story, hidup kita ini jangan cepat menilai seseorang. Jangan nilai dan dengar tentang seseorang melalui mulut orang lain.

“Kita kenal dan nilai sendiri. Semoga berjaya @alifsatar dalam setiap apa yang kau lakukan. Doa aku yang baik sentiasa mengiringi kau sekeluarga,” coretnya.
View this post on Instagram

Saje nak bercerita.. 2014 kali pertama aku berkenalan dgn seorang mamat bernama alif satar.Kitorang digandingkan dalam sebuah program 'Sukalattew'.Minggu pertama sebelum start program tu aku try la berbual dgn dia.Masa berbual sikit2 cakap omputih.siap dengan kening terangkat sambil buat rolling eyes kat aku.Dlm hati 'poyo gila mamat ni'.ni kompom jenis2 minum laga gelas dulu, nak buang air pun kat klcc ni.Minggu tu aku mintak nak tarik diri sebab taknak partner ngan mamat ni.Rupanya dia pun sama, taknak partner ngan aku gak.katanya aku mcm budak kampung.Sikit2 sebut nama Kluang.Mcm la ada pavillion kat kluang tu??? ... Bos dah pening kepala.Dia cakap try la sampai sebulan dulu.Pelan2 kenal satu sama lain.Aku pun setuju.Hadap je la dia berbual dan try kenal dia lebih rapat.Rupanya apa tanggapan aku selama ni jauh meleset.Bila ada masalah aku luahkan dia pendengar yg baik dan dia cuba bantu semampu yg boleh.Kepala sama jer gila2 dgn aku.Break masa reasal akan solat asar sama2.Jauh dari budak moden yg ke arah barat yg aku sangka sebelum ini.Lama kelamaan hubungan itu sangat rapat.Masa aku kahwin dia la pengapit aku.Gambar 2014 itu adalah hari terakhir program 'Sukalattew'.Terus terang air mata jantan masing2 jatuh sebab itu adalah kali terakhir berada diatas pentas yg penuh kenangan bersama. ... 2020 masing2 dah berkeluarga.Cara berbual pun dah ke arah bapa2.Tapi gila2 masih ada.Terima kasih kerana sudi hadir ke Johor bersama @majestic_johor .Moral of the story, hidup kita ini jangan cepat menilai seseorang.Jangan nilai dan dengar tentang seseorang melalui mulut orang lain.Kita kenal dan nilai sendiri.Semoga berjaya @alifsatar dalam setiap apa yg kau lakukan.Doa aku yg baik sentiasa mengiringi kau sekeluarga??

A post shared by Shahrol Azizie Azmi (@shahrol_shiro) on

/>
Dalam pada itu, menerusi ruangan komen rata-rata pengikutnya mengagumi persahabatan yang terjalin antara Shahrol dan Alif.

“Antara duo yang terbaik, waiting for both of you collaborate lagi sekali,” tulis @yanie_b

“Salute. Aku baca sampai habis kot… Tu lah tak kenal maka tak cinta. Be good person dua-dua ni,” komen @cik_are19

Dalam perkembangan terbaharu, Alif kini merupakan pengacara bagi program Bigstage 2020 bersama pelakon Sherry Alhadad.

Bigstage 2020 bersiaran secara langsung dari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) pada 16 Ogos 2020, jam 9 malam di saluran Astro Ria HD (104) dan Astro Ria (124).