Hiburan

"Sila Teruskan..." - Lah Ahmad Umum Tak Terlibat Projek Bring Back VE

gempak
Asraf Aided
01/05/2020
08:56 MYT
Sponsor Banner
"Sila Teruskan..." - Lah Ahmad Umum Tak Terlibat Projek Bring Back VE
Penyanyi Lah Ahmad mengumumkan dia tidak akan menyertai projek reunion Bring Back VE bersama bekas kumpulannya itu.
Perkara berkenaan dimaklumkan menerusi sebuah entri di akaun Instagram miliknya buat tatapan umum.
"Maaf, saya tak terlibat, keep calm and carry on please, terima kasih," tulis Lah ringkas.
Namun begitu, Lah tidak menjelaskan secara terperinci tentang sebab dia tidak menyertai projek tersebut.
Perkongsian itu semestinya mendapat perhatian dari para pengikut Lah di ruangan komen.
Rata-rata mereka memberi kata-kata semangat kepada Lah dan menerima keputusannya dengan positif.
Semalam, V.E atau nama penuhnya, Voice of Euphonious telah mengumumkan barisan terbaru anggota kumpulan mereka yang terdiri daripada Damian, Zaf Nazaruddin, Cham, Shah Azmir, Luq Hakim dan Adeep Nahar.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024