Pelakon dan penyanyi Bella Astillah akhirnya mengesahkan ‘heroin’ yang didakwa menganggu rumah tangga dia dan suami, Aliff Aziz ialah aktres Sophia Albarakbah.

Pendedahan tersebut dibuat Bella menerusi satu hantaran di laman Instagram selepas Sophia dikatakan cuba mengelak daripada bertemu denganya dalam satu sidang media baru-baru ini.

Pada perkongsian sama, Bella turut memuat naik beberapa tangkap layar perbualanya bersama Sophia menerusi mesej pesanan ringkas Whatsapp.

BACA: Akhirnya Terjawab! Bella Astillah Dedah Mesej Sophia Albarakbah - “Inilah Sebabnya Dia Tak Nak Involve Satu Malaysia”

Pun begitu, apa yang mencuri perhatian wargamaya adalah nama kenalan yang disimpan Bella untuk aktres berusia 29 itu ialah “Sophia B**sia”.

Menjengah ke ruangan, rata-rata wargamaya memberikan pelbagai respon selain merasa terhibur dengan nama yang disimpan tersebut.

“Weh nama tu “Sophia b**sia”, go kak Bella,” ujar seorang wargamaya.

“Sophia b**sia nyah dia save haha,” kata seorang netizen.

Undi bintang digital dan content kegemaran Top 5 anda di Gempak Most Wanted Awards 2022 di sini.