Simpati Dengan Nasib Mangsa Penderaan, Lee Min Ho Derma RM170,000

Rozaimi Zubaidi
Februari 27, 2017 13:15 MYT
Pelakon terkenal Korea, Lee Min Ho telah mendermakan wang tunai sebanyak RM170,000 kepada badan kebajikan untuk membantu kanak-kanak yang menjadi mangsa penderaan.
Menurut laporan AllKpop, Lee Min Ho mengakui terkesan dengan nasib yang dialami oleh kanak-kanak yang tidak bersalah itu.
"Wang tersebut telah disumbangkan kepada badan kebajikan untuk digunakan membeli barangan keperluan harian mereka.
"Dia juga bersimpati dengan nasib malang yang menimpa kanak-kanak tersebut dan segera menghulurkan bantuan dari segi kewangan.
"Ini bukan merupakan kali pertama Lee Min Ho berbuat demikian kerana sebelum ini dia juga pernah terlibat dalam beberapa aktiviti untuk melakukan kerja-kerja amal," kata sumber.
Berita mengenai perkara itu telah didedahkan oleh sebuah organisasi, Good Neighbors yang terharu dengan kesudian pelakon itu untuk membantu mangsa yang terlibat.
#pelakon #Lee Min Ho #Pelakon