"Simpati Jugak Pada Kawan-Kawan Yang Dah Lama Kahwin, Tapi..." - Shakilla Khoriri

Rozaimi Zubaidi
Mac 11, 2019 04:09 MYT
Pelakon Shakilla Khoriri meluahkan rasa simpati kepada pasangan yang sudah berkahwin tetapi masih belum dikurniakan cahaya mata.
Menerusi entri di Instagram (IG), Shakilla menjelaskan dia faham dengan apa yang dirasai oleh pasangan tersebut dan berharap agar mereka tidak berputus asa untuk berusaha.
"Alhamdulillah. Entah kenapa I rasa I mengandung paling lama. Orang lain rasanya baru umum pregnant tiba-tiba dah 5-6 bulan.
"Tapi I rasa simpati jugak pada kawan-kawan yang dah lama kahwin tapi masih tak dikurniakan cahaya mata, bila check hospital suami dan isteri tak ada masalah.
"Hmmm, so we make it simple even kita tak rasa macam mana sedih dan kecewanya pada pasangan yang alami keadaan macam ni.
"Jangan sedih, kadang belum rezeki.Percayalah, kalau kita dan pasangan dah ready mesti akan ada. Selain tu kita kena usaha," tulisnya.
Menerusi ruangan komen, rata-rata mendoakan proses Shakilla dipermudahkan dan dia serta anak sentiasa sihat.
#pelakon #Pelakon #Shakilla Khoriri