,
Sukan

SINARENA 2024: Perlawanan Epik Sinar & Astro Arena Vs Pemain Legenda Sultan Selangor

Mya Amri
26/08/2024
18:25 MYT
SINAR, dalam kerjasama dengan Astro Arena, telah berjaya menganjurkan acara Pesta Bola SINARENA 2024 di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur.

Pertembungan antara SINARENA , Astro Arena menentang Pemain Lagenda Sultan Selangor

Acara ini menyaksikan pertembungan antara pasukan gabungan SINARENA dan Astro Arena menentang Pemain Lagenda Sultan Selangor dalam perlawanan bola sepak yang epik dan penuh dengan aksi mendebarkan.
Pasukan SINARENA yang menampilkan barisan pemain terkenal seperti Ray, Putra, Haiqal, Zainal Abidin Rawop, Hafizal Hamad, Mat Yo, dan Zaquan Adha telah menunjukkan aksi yang memukau.
Manakala Pemain Lagenda Sultan Selangor pula terdiri daripada bintang-bintang bola sepak yang tidak asing lagi seperti Datuk Dollah Salleh, Datuk Zainal Abidin Hassan, P. Maniam, Azman Adnan, dan Shahril Arsat.
Perlawanan ini berakhir dengan keputusan 3-3 yang mendebarkan, memaksa penentuan melalui sepakan penalti.
Pemain Legenda Sultan Selangor akhirnya berjaya menumpaskan pasukan SINARENA dengan keputusan 6-5 selepas melalui saat-saat getir di atas padang.

Aksi cemerlang

Aksi cemerlang dan semangat juang yang ditunjukkan oleh kedua-dua pasukan memberikan hiburan yang luar biasa kepada penonton yang hadir.
Pengurus Saluran Radio SINAR, Raja Nadia Salwana menyifatkan permainan Pesta Bola SINARENA 2024 merupakan salah satu acara luar biasa kerana berjaya menghimpunkan nama-nama besar pemain legenda Selangor di tengah padang.

“Bagi saya permainan antara SINARENA dan juga pemain Lagenda Selangor berjaya mengubat kerinduaan peminat bola sepak terutama daripada penyokong setia pasukan Selangor.

“Dengan kesempatan ini, mereka dapat melihat pemain kesayangan mereka beraksi di atas padang dengan corak permainan tersendiri.
“Selain itu, hubungan silaturahim juga dapat dieratkan dengan pemain legenda Selangor ini kerana jasa mereka mengharumkan nama pasukan Selangor sewaktu ketika dahulu tidak akan dilupakan buat penyokong setia.
“Saya mewakili pasukan SINARENA akui berbesar hati dan berbangga dapat menghimpunkan pemain legenda Selangor bermain di Stadium Merdeka.
“Kehadiran lebih 2,000 penonton ke stadium juga telah menghangatkan lagi suasana kerana perlawanan ini telah ditonton secara percuma oleh semua lapisan umur dan masyarakat.
“Diharapkan perlawanan seumpama ini dapat diteruskan dimasa akan datang dan pihak kami juga sentiasa terbuka dengan mana-mana pasukan ingin menganjurkan sebarang perlawanan bola sepak untuk kami sertai.
“Ini kerana sukan bola sepak antara sukan diminati dan terbukti berjaya menyatukan kaum di Malaysia,” jelasnya.
Jangan lupa, teruskan mendengar Stesen Radio SINAR yang menyajikan pelbagai segmen menarik antaranya Pagi diSinar, SINAR Solo, Duo SINAR dan Laguku di SINAR.

ARTIKEL BERKAITAN:Ray Sertai SINAR Untuk Segmen Pagi Di Sinar

ARTIKEL BERKAITAN:Saling Beringat Tentang Kesihatan, Jep Titip Pesanan Buat Angah Raja Lawak - “Aku Harap Ini Satu ‘Wake Up Call’ Untuk…

ARTIKEL BERKAITAN:Roy Azman Sebak, Angah Raja Lawak Ambil Keputusan Berhenti Jadi Penyampai Radio SINAR - “Saya Perlukan Kerja, Saya Memang Nak…”

ARTIKEL BERKAITAN:Anak Rahim Sepahtu Syukur SPM 8A, Termenung Tengok Result - “Masa Trial, Matematik Siap Ada E”

Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Linda Onn Beri Nasihat, Penyampai Radio Harus Jaga Etika Bahasa

gempak
14/09/2024
14:55 MYT
Penyampai radio terkenal era 2000-an, Linda Onn, mengakui kurang setuju dengan pendekatan penyampai radio zaman sekarang.
Viral

Suami Isteri Tak Jadi Cerai Lepas Dengar Lagu Di Radio ERA - “Kami Dah Berbaik”

gempak
11/09/2024
14:25 MYT
Sepasang suami isteri membuat keputusan dengan memilih untuk tidak berpisah selepas mendengar lagu-lagu di radio ERA, baru-baru ini.
Sukan

Pestabola Merdeka: Malaysia Juara, Akhiri Badi 14 Tahun

gempak
08/09/2024
15:59 MYT
MALAYSIA muncul juara Pestabola Merdeka 2024 setelah mengejutkan pasukan di ranking ke-116 dunia, Lubnan 1-0 di Stadium Nasional Bukit Jalil sebentar tadi.
Hiburan

"Kembali Ke Cinta Pertama" - Haziq Hussni Luah Perasaan Kembali Jadi Penyampai Radio.

gempak
06/09/2024
14:55 MYT
Pengacara radio, Haziq Hussni meluahkan rasa gembira apabila dia sudah kembali selepas berehat dari dunia radio.
Hiburan

“Mati Nanti Pun Berbintikan Nama Mak, Ini Fakta!” - Rita Rudaini

gempak
03/09/2024
06:55 MYT
Pelakon Rita Rudaini tetap memberi sokongan kepada anak-anak dalam apa jua keadaan.