Laman Utama

Sinead O’ Connor Lahir Katolik, Meninggal Dunia Sebagai Islam

gempak
Maliah Surip
27/07/2023
07:38 MYT
Sponsor Banner
Sinead O’ Connor Lahir Katolik, Meninggal Dunia Sebagai Islam
Peminat muzik yang lahir pada tahun 80-an sekaligus membesar dengan lagu-lagu dari era 90-an di seluruh dunia dikejutkan dengan berita berpulangnya salah seorang penyanyi wanita yang cukup eksentrik dan ikonik, Sinead O’ Connor.
Penyanyi tersebut diumumkan meninggal dunia pada usia 56 tahun oleh keluarganya.
BACA: Sinead O’Connor Meninggal Dunia
Berita duka itu menjadikan O’Connor trending dan bukan hanya rakan seperjuangan tetapi peminatnya di seluruh dunia mengenang perjalanan hidup dan seni wanita itu.
Untuk yang tidak pernah mengenal O’Connor, penyanyi ini cukup sohor kini dengan lagu Nothing Compares 2 U. Lagu yang diciptakan oleh mendiang Prince pada awal 90-an itu telah ditonton sebanyak 400 juta kali di YouTube.
Menerusi lagu tersebut, O’Connor mula mencipta penampilan yang unik termasuk imej botak kepala yang masih menjadi trademark sehingga kini.
Ironi, tanpa media Barat mahu menekankan isu ini, O’Connor sejak 2018 telah memeluk Islam. Allahyarham kemudian menukar namanya kepada Shuhada Sadaqat namun mengekalkan nama Sinead O’Connor sebagai nama pentas.
Dalam temubual di RTE’s Late Late Show pada tahun 2019, penyanyi berbakat besar itu mendedahkan bagaimana dirinya tertarik dan memeluk Islam.
Wanita kelahiran Dublin ini mengaku seorang penganut Katolik, namun sebelum menutup mata, O’Connor atau Shuhada adalah seorang Muslim.
“Saya membaca sedikit ayat Al Quran dan baru tersedar inilah ‘rumah’ saya. Dan sejak itu saya memilih menjadi Muslim untuk kehidupan saya,” katanya seperti dilaporkan Al Jazeera.
Namun kehidupan O’Connor tidak berjalan mulus. Selain mendedahkan dirinya berdepan masalah kesihatan mental iaitu mengidap Bipolar, wanita ini juga mengalami kesedihan melampau selepas anak lelakinya, Shane meninggal dunia pada usia 17 tahun, pada Januari 2022.
Shane atau nama sebenarnya, Nevi'im Nesta Ali Shane O'Connor dilaporkan mati bunuh diri dan peristiwa tersebut meninggalkan luka yang sangat mendalam terhadap O’Connor.
Malah O’Connor sebelum ini sempat meluahkan perasaan di media sosial dengan menulis: “Anakku yang manis, cahaya hatiku telah mengambil keputusan untuk mengakhiri hidupnya.
“Semoga dia bersemadi dengan aman dan semoga tidak ada yang mengikuti sejak langkahnya.
“Saya sangat mencintai anda. Semoga anakku tenang di sana.”
Sebelum kematiannya, O’Connor mengumumkan kembali ke London selepas 23 tahun menyepi. Dia mengaku sedang merakamkan album yang mahu dirilis pada tahun hadapan selain rencana konsert jelajah.
Sehingga artikel ini ditulis, punca kematian O’Connor masih belum diumumkan.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024