Laman Utama

Sinead O’Connor Meninggal Dunia

gempak
Izwan Isa
26/07/2023
22:20 MYT
Sponsor Banner
Sinead O’Connor Meninggal Dunia
Penyanyi dan penulis lagu, Sinead O'Connor meninggal dunia pada usia 56 tahun. Perkhabaran duka tersebut disahkan oleh syarikat penyiaran Ireland RTE.
“Dengan penuh kesedihan kami mengumumkan pemergian Sinead yang tercinta. Keluarga dan rakannya berasa sedih dan telah memohon ruang privasi pada masa yang sukar ini,” Ireland RTE memetik kenyataan daripada keluarga penyanyi itu pada Rabu.
Perdana Menteri Ireland, Leo Varadkar turut merakamkan takziah terhadap berita pemergiaan penyanyi itu.
“Muziknya digemari di seluruh dunia dan bakatnya tiada tandingannya,” ujar Leo menerusi platform X (dahulu dikenali sebagai Twitter).
Penyanyi berbakat besar itu cukup terkenal kerana sering bercakap tentang masalah kesihatan mental, terutamanya selepas didiagnosis dengan gangguan bipolar. Anak lelakinya yang masih remaja, Shane meninggal dunia akibat bunuh diri pada 2022.
Sinead memeluk Islam pada 2018 dan menukar namanya kepada Shuhada Sadaqat. Sungguhpun begitu, dia masih terus menggunakan nama pentas Sinead O'Connor ketika membuat persembahan.
Untuk rekod, Sinead mula berkecimpung dalam kancah muzik global bermula awal tahun 90-an dan mula dikenali dengan lagu Nothing Compares 2 U. Lagu asal nyanyian penyanyi Prince itu mengangkat namanya dan menerima jumlah tontonan sehingga 400 juta kali di Youtube.
BACA: "Saya Perempuan Tua Hodoh Tapi Saya Sangat Gembira" - Shuhada Davitt​
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024