,
Hiburan

Single 'Nyawa' Taruhan Terbaru Nadeera Zaini

Kamaruddin Razal
25/02/2020
11:33 MYT
Pernah muncul dalam beberapa program realiti hiburan, penyanyi Nadeera Zaini kini lebih serius untuk menempa nama dalam industri muzik.
Mempertaruhkan single pertama yang berjudul Nyawa, pemilik nama penuh Farah Nadeera Zaini mendedahkan minatnya dalam bidang nyanyian bermula sejak kecil lagi.
Menurut Nadeera yang pernah menyertai program Vokal Bukan Sekadar Rupa 2 dan Mentor Legend, bapanya menjadi pendorong utama untuk menceburi dalam industri setelah menyedari bakat yang dimiliki.
Single Nyawa merupakan lagu ciptaan Acap Salim dan lirik pula turut dihasilkan oleh Acap Salim bersama Lewis Rahimi.
Lagu ini mengisahkan tentang kisah rumah tangga yang tidak bertahan lama apabila seorang isteri yang tidak setia dalam perhubungan sehingga menyebabkan penceraian.
"Secara peribadi lagu ini amat bermakna buat saya di mana ia adalah taruhan terbaru saya dalam industri. Lagu ini juga amat dekat dengan diri saya apabila melihat pengalaman sekeliling yang mana kebanyakan apa yang berlaku seseorang itu sukar menghargai pasangannya melainkan setelah pasangan tersebut meninggalkan kita," ujar Nadeera.
Bercerita mengenai single pertama, Nadeera berharap lagu ini diterima baik pendengar dan menyokong permulaan beliau untuk mengembangkan bakat di persada seni.
Muzik video rasmi Nyawa, edaran MAP Music ini boleh ditonton bermula 21 Febuari di saluran YouTube dan juga boleh didapati di semua platform digital muzik seperti Joox, Spotify, iTunes, KKBox, Deezer, dan juga Apple Music.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Sertai Kemeriahan 'Hello Nu Sentral' Bersama Nikki Palikat, Afif Tarmizi, Liza Hanim, Nadeera Zaini & Ramai Lagi!

gempak
24/04/2024
03:38 MYT
Lock janji temu kita pada 27 April 2024, bermula 2 hingga 6.30 petang di Aras 2, MPH Bookstore, NU Sentral Shopping Mall, Kuala Lumpur.
Hiburan

Lovenya Lagu Balik Raya! Indah Ruhaila, Wani Kayrie & Nadeera Buat Rindu Kampung Halaman

gempak
25/03/2024
13:50 MYT
Dengar banyak kali lagu Balik Raya ni pun best.
Laman Utama

Ernie Zakri Tak Salahkan Nadeera - “Kami Tiada Isu, Dia Mohon Maaf Begitu Juga Saya”

gempak
18/12/2023
00:55 MYT
Ernie tak ada masalah dengan Nadeera.
Laman Utama

Ini Sebab Mengapa Nadeera Dipilih Untuk Menyanyikan Lagu Astana

gempak
14/12/2023
06:05 MYT
Ini sebab Nadeera dipilih.
Laman Utama

Penata Gaya Dakwa Pengurus Songlap Duit, Nadeera Zaini Buat Laporan Polis!

gempak
30/09/2023
08:50 MYT
Nadeera Zaini tampil membuat laporan polis pada Jumaat terhadap seorang penata gaya ekoran mengeluarkan kenyataan fitnah terhadapnya dan pengurus, Zizi Hadid.
BorakSeeni