Skip to main content

Budaya Popular

Dayang Nurfaizah Sebak Dengarkan Lagu 'Mencintai Cinta' Nukilan Allahyarham Rudy Imran - "Rakam Dulu Takut Nanti Tak Sempat"

whatsapp-image-2024-11-22-at-9-05-41-am.jpeg

Sesi pra-dengar album terbaharu 'Janji' Dayang Nurfaizah bertukar pilu apabila lagu berjudul 'Mencintai Cinta' hasil nurkilan Allahyarham Rudy Imran diputarkan kepada rakan media.

Dayang kelihatan sebak dan gagal menahan kesedihan, kerap kali mengelap air mata ketika lagu baharu hasil tulisan bekas wartawan hiburan itu dimainkan.

 
"Saya ingat lagi arwah cakap, 'rakam sahaja lagu ini nanti tak sempat'," ringkasnya dalam nada sebak.
 
Dalam pada itu, Dayang melahirkan rasa terkilannya apabila lagu tersebut dilancarkan tanpa sempat disaksikan arwah sendiri.
 

"Kalau dia (arwah) masih ada mesti dia akan guide Dayang untuk menghayati maksud lirik yang ditulis.

 
"Arwah tak ada pesan apa-apa atau letakkan apa-apa syarat. Dia cuma kata 'nyanyi je..boleh' Nyanyi nanti tak sempat rakam. Itu saya paling tidak boleh lupa," katanya.
 
'Janji' diisi dengan 13 buah lagu dengan kejutan rakaman semula 'Hikayat Cinta', lagu yang pernah dirakamkan Dayang menerusi album pertamanya pada tahun 1998.
 
Kata Dayang rakaman semula lagu itu adalah untuk mengimbau perjalanan awal seninya yang kini berusia 25 tahun.
 
Album ini menampilkan kolaborasi bersama penerbit dan penulis lagu seperti Aubrey Suwito, Ajai, Audi Mok, Aisha Retno dan ramai lagi.

Must-Watch Video

Advertisement