Hiburan

Single ‘Tondu’ Bukan Untuk Kaya, Niat Atu Zero Mahu Kumpul Dana Pengurusan Jenazah - “Saya Pernah Berada Di Situasi…”

gempak
Ernalisa
27/01/2025
12:55 MYT
Sponsor Banner
Single ‘Tondu’ Bukan Untuk Kaya, Niat Atu Zero Mahu Kumpul Dana Pengurusan Jenazah - “Saya Pernah Berada Di Situasi…”
Pelawak, Atu Zero, 33, berharap kemunculan single dia bersama dua abangnya, Sharif dan Syaiful yang berjudul ‘Tondu’ bakal mendapat sambutan.

BERITA BERKAITAN: Tak Hadir Pelancaran Lagu Kumpulan Zero, Atu Bagi ‘Hint’ Hubungan Adik-Beradik Seperti Tiga Abdul

BERITA BERKAITAN:Tercalon Dalam Kategori ‘Selebriti Tergempak 2024’ Bukti Atu Zero Masih Relevan Dalam Industri - “Mungkin GMW Merupakan Batu Loncatan…”

Atu berharap dengan kejayaan lagu itu kelak dapat menambah kos van jenazah yang diwujudkannya sejak beberapa tahun dahulu. “Jadi bila ada ‘show’, ada pendapatan. Sebab dengan pendapatan dari ‘show’ dan ‘job’, saya akan asingkan sebahagian untuk pengurusan jenazah, Alhamdulillah sampai sekarang ia masih berjalan.
“Permintaan van jenazah semakin menggalakkan dan saya akui cuma jemputan buat persembahan agak kurang sebab sekarang program televisyen pun kurang, jadi kita cari pendapatan menerusi ruang dan peluang yang baharu ini.
"Saya harap ada rezeki untuk single terbaharu ini, saya bukan mahu kaya. Tetapi niat utama saya untuk teruskan apa yang diusahakan di kampung saya sekarang ini," katanya kepada Gempak.
Jelas Atu juga, dia juga tidak mengambil apa-apa keuntungan dengan pengurusan van jenazah yang dusahakan sejak PKP.
Malah perkhidmatan percuma itu sekadar sumbangan kecil buat mereka yang memerlukan.
“Saya pernah berada di situasi tidak mempunyai kecukupan dalam menguruskan jenazah. Saya pernah rasa perasaan itu.
"Sebab itu saya ambil pendekatan untuk adakan penguran van jenazah percuma di kawasan kampung.

“Saya sudah usahakan sejak PKP lagi malah sebelum PKP pun saya ada berikan kain kapan dan sebagainya. Saya ada juga buka tabung untuk pengurusan ini tapi saya faham keadaan orang lain," katanya.

Sebelum ini Atu berkongsi dengan media, perkhidmatan van jenazah yang diusahakan Kura-Kura Brotherhood adalah terbuka kepada semua golongan tanpa mengira agama dan bangsa.
Katanya, agama Islam menuntut untuk semua membantu tanpa mengira agama mahupun darjat seseorang.
"Penguruan yang diusahakan saya juga terbuka untuk semua bangsa.

"Kebanyakan mereka yang datang kepada kami kerana tidak mampu hendak menyewa van jenazah untuk bawa ke tempat pengebumian," katanya.

Dalam pada itu menyentuh mengenai single terbaharunya Tondu dalam bahasa Kadazan Dusun bermaksud perempuan adalah ciptaan komposer Zai Hamzah bersama Hemo.
Manakala lirik pula hasil sentuhan Achoi Floor 88 dan Ayie Elham Floor 88.

Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024