Sebut saja tentang haiwan peliharaan, siapa boleh menyangkal kucing antara paling popular.

Tidak dinafikan filem yang mengangkat haiwan kucing sebagai subjek utama mempunyai kekuatan dan keunikannya tersendiri.

Filem seperti ini selalunya sangat sesuai untuk ditonton bersama keluarga.

Namun, dalam banyak karya telah dihasilkan, tahukah anda rupanya sudah banyak filem yang menggunakan kucing sebagai elemen utama?

Berikut merupakan senarai filem ‘meow’ yang pernah mencetuskan fenomena!

#1 Doraemon

Paling legend! Daripada siri animasi, karakter popular Jepun ini telah beberapa kali diangkat sebagai filem.

Namun, paling banyak diperkatakan adalah filem Stand By Me Doraemon.

Bukan saja membawa semula kenangan anda bersama Doraemon, filem ini juga amat menyentuh perasaan dan dibuai emosi.

Begitu hebat hubungan Nobita dan kucing robotnya, Doreamon!

#2 Tom And Jerry

Jangan tak tahu, animasi ikonik ini telah diangkat menjadi filem ‘live action’ pada Februari lalu.

Biarpun dunia berdepan pandemik, filem ini masih mengaut keuntungan ‘box office’ sebanyak 118 juta USD.

#3 Captain Marvel

Pasti anda tidak sangka filem ini juga mempunyai elemen haiwan kucing bukan?

Hakitatnya watak kucing dalam filem Marvel ini memainkan peranan penting untuk selamatkan dunia!

Tiada kucing ini, maka tiadalah….(anda kena tonton!)

#4 Puss In Boots

Filem ini juga antara yang popular sekitar 2011 dan dibintangi pelakon kelas A.

Antaranya termasuklah Antonio Banderas dan Salma Hayek.

Filem ini mengaut keuntungan sebanyak 555 juta USD.

#5 Cats

Filem muzikal ini juga antara yang banyak diperkatakan oleh pengkritik filem.

Cats dibintangi pelakon penyanyi hebat seperti Taylor Swift, James Cordon, Jennifer Hudson dan ramai lagi.

Filem ini berjaya mengutip 75.5 juta USD.



Tahukah anda si comel kesayangan anda juga boleh menikmati manfaat insurans seperti insurans manusia?

Menerusi Oyen Pet Insurance, anda bakal mendapat perlindungan yang pantas, tuntutan yang mudah dan nilai perlindungan tinggi.

Ketahui lebih lanjut tentang tawaran Oyen Pet Insurance https://www.oyen.my/campaign/astro. Setiap pembelian, anda akan dapat hadiah istimewa pouch Oyen.

Polisi Insurans Haiwan Peliharaan Oyen ditaja jamin oleh MSIG Insurance (Malaysia) Bhd. Polisi terma dan syarat diaplikasikan.