Enam bintang rap yang sedang mencipta nama, Siqma, Benzooloo, B-Heart, Kmy Kmo, Luca Sickta dan YonnyBoii bergabung menghasilkan single terbaru berjudul Playaz.

Menariknya, enam bintang ini yang mula menempa nama di persada seni tempatan ini turut bertindak sebagai komposer bersama lagu Playaz!

Single ini dihasilkan sempena meraikan ulangtahun ke-19 jenama fesyen Playaz yang sudah bertapak di Malaysia sejak tahun 2001 lagi.


"Lagu ini menampilkan rap berat yang menceritakan tentang semangat jenama terbabit sepanjang 19 tahun ia wujud dalam arena Hip Hop Malaysia.

"Berbeza dengan karya-karya terbitan dan adunan saya sebelum ini, menerusi lagu ini saya cuba bereksperimentasi ke arah rentak ‘urban trap beat’.

"Semestinya lagu ini menjanjikan kelainan apabila enam rapper bergabung dalam satu lagu dengan gaya masing-masing yang tersendiri," kata Luca Sickta.

Single terbitan Universal Music Malaysia ini boleh didapati sekarang di kesemua pelantar digital seperti Spotify, iTunes, KKBox, Deezer, Joox dan juga Apple Music.