Penyanyi Sissy Imann mengalami alahan pada telapak tangganya sejak kemarin.

Sissy ada berkongsi mengenai perkara itu menerusi ruangan Instagram Story miliknya untuk mendapatkan tips dari netizen bagi merawat penyakit tersebut.

Gempak berkesempatan bertemu Sissy petang semalam dan bertanya tentang keadaan alahan yang dialaminya itu.

"Tangan saya masih lagi merah-merah dan ada biji-biji, sebenarnya baru semalam (kemarin) kena, saya pun tak tahu kenapa.

"Saya dah berjumpa doktor, doktor kata tiada apa yang serius sebenarnya, kadang-kadang boleh jadi alahan pada sabun pun boleh jadi macam ini juga," katanya.

Tambah Sissy, dia tidak merasakan alahan yang dialamin itu berkaitan dengan 'ilmu guna-guna' dari seseorang.

"Saya tak fikir sampai kesitu, walaupun saya ada terima DM, ada yang buat spekulasi bimbang saya terkena buatan orang, sejujurnya, saya tak fikir begitu," katanya lagi.

Bercakap mengenai keadaan kesihatan selepas jatuh kuda bulan lalu, Sissy mengatakan keadaan kesihatannya bertambah baik dan menganggap perkara itu berlaku atas kesilapan dirinya sendiri.

"Saya masih makan ubat seperti yang disarankan oleh doktor, dan saya masih ada temu janji bersama doktor lagi.

"Pada mulanya, doktor jangka saya perlukan masa antara dua minggu hingga satu bulan untuk sembuh sepenuhnya, sekarang belum sampai sebulan saya dah boleh berjalan dengan baik, boleh dikatakan kesembuhan saya agak cepat, syukur Alhamdulillah.

"Kejadian itu berlaku disebabkan kecuaian saya sendiri, saya tidak tahu mengawal kuda tersebut," katanya berseloroh.

BACA: "Berkali-Kali Ucap Syahadah, Menjerit, Terlambung..." - Sissy Imann Trauma, Cedera Jatuh Kuda