Hiburan

Siti Aafiyah Tak Lekang Senyum! Foto Menarik Sekitar Majlis Maulid Nabi, Akikah & Tahnik Si Comel Pipi Merah

gempak
Amri Hassan
25/03/2018
23:54 MYT
Sponsor Banner
Siti Aafiyah Tak Lekang Senyum! Foto Menarik Sekitar Majlis Maulid Nabi, Akikah & Tahnik Si Comel Pipi Merah
Sabar itu indah! Penantian 11 tahun Datuk Seri Siti Nurhaliza terjawab apabila beliau dikurniakan cahaya mata sulung pada 19 Mac lalu.
Siti menamakan sementara anaknya sebagai Fatimah Az Zahra sebelum mengumumkan nama sebenar puteri sulungnya Siti Aafiyah Khalid malam tadi.
Sempena majlis Maulid Nabi, Akikah dan Tahnik yang berlangsung di kediamannya di Bukit Antarabangsa, Kuala Lumpur, Siti turut mendedahkan wajah suri hatinya secara rasmi kepada tetamu dan wakil media.
Yang penting, momen manis itu seperti dirasai sendiri oleh Siti Aafiyah yang tidak langsung merengek, membenarkan diri dibelai dan wajahnya sentiasa menguntum senyum!
"Kadang-kadang apabila saya panggil Fatimah Az Zahra dia senyum, panggil Aafiyah pun dia senyum juga.
"Alhamdulillah, dia sentiasa senyum. Saya harap bayi saya ini akan sentiasa senyum. Happy baby!" kata Siti.
Apa kata kita saksikan momen-momen indah yang dikongsikan Siti bersama keluarga dan peminatnya malam tadi.
Teks oleh: Amri Hassan Foto: IG @kakifoto_, @ctdk
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024