Viral
'Dapat Mimpi' Kononnya Air Mani Boleh Sembuhkan Penyakit, Guru Mengaji Akhirnya Dicekup Polis!
Seorang guru lelaki akhirnya dicekup polis selepas sebulan menyorok kerana disyaki memperdaya mangsa dengan dakwaan pelik, kononnya air maninya boleh menyembuhkan penyakit!
Menurut laporan, suspek yang juga seorang guru ini mendakwa dia mendapat mimpi dan petunjuk ghaib yang mengatakan air maninya ada kuasa penyembuhan.
Dengan alasan ni, dia dipercayai telah memperdaya beberapa individu untuk ‘rawatan’ yang langsung tak masuk akal.
Difahamkan, kes ini mula terbongkar selepas mangsa tampil membuat laporan kepada pihak berkuasa.
Selepas disiasat, rupanya suspek sudah lama menghilangkan diri dan menyorok bagi mengelakkan ditangkap.
Taktik menyembunyikan diri tidak bertahan lama apabila pihak polis berjaya mengesan dan menangkap suspek selepas hampir sebulan mengelak dari ditahan.
Difahamkan, suspek kini ditahan untuk siasatan lanjut dan kes ini sedang disiasat di bawah seksyen berkaitan kesalahan seksual dan penipuan.
Hasil siasatan pihak mendapati suspek telah mencabul kira-kira 20 orang mangsa.
Perbuatan keji itu dilakukan di rumah suspek bermula tahun 2017 sehingga 2024.
Sumber: CNN Indonesia
Must-Watch Video