Penyanyi popular dari Indonesia, Siti Badriah yang sedang hamil kini positif COVID-19 varian Omicron.

Menerusi perkongsiannya di Instagram, penyanyi dangdut itu menyatakan dia mengalami beberapa gejala seperti sakit tekak dan mual-mual.

"Awal bulan berkenalan dengan si Omicron," tulisnya.

Menerusi perkongsian di Instagram Story pula, Siti Badriah yang awalnya mengalami sakit tekak dan mual hanya menganggap hal itu sebagai gejala normal ibu mengandung.

A post shared by Siti Badriah (@sitibadriahh)


Namun, pada keesokan harinya, tekak Siti Badriah semakin sakit dan dia terus melakukan ujian kendiri di rumah dan ternyata positif COVID-19.

Tambah Siti Badriah, setelah mengetahui yang dia positif, seisi rumahnya juga turut menjalani ujian yang sama. Malangnya, suami penyanyi lagu Lagi Syantik itu turut positif.

Siti Badriah juga menjelaskan dia jarang keluar rumah dan hanya akan berada di luar jika bersama sang suami, Krisjiana Baharudin.

"Tak mahu salahkan sesiapa, memang sudah takdirnya kenalan sama si unicorn," katanya.

Dalam perkongsian terkini, Siti Badriah menjelaskan yang dia tidak semual seperti hari pertama terjangkit virus berkenaan.

“Sudah tak mual dan sakit badan seperti hari pertama. Kita juga setiap hari selalu masukkan vitamin. Mudah-mudahan cepat negative dan virus ini cepat musnah daripada muka bumi ini! Biar kita boleh melakukan aktiviti seperti biasa tanpa rasa takut dengan virus ini,” tulisnya.