Siti Elizad Sebak Bercerita Soal Zuriat - “Orang Tak Tahu Macam Mana Struggle Kita…”
Asyikin Mayudin
23/08/2023 03:55 MYT
23/08/2023 03:55 MYT
Hampir 10 tahun berkahwin, pelakon dan penyampai radio Siti Elizad mengakui dia sudah melakukan pelbagai cara dan ikhtiar dalam usaha mendapatkan zuriat.
Elizad berkata tidak semua orang tahu betapa susah payah dia mencuba untuk mendapatkan cahaya mata namun menganggap masih belum ada rezeki untuknya.
“Sebab orang tak tahu macam mana struggle kita pergi berubat untuk ikhtiar… ikutkan tahun depan saya dah nak masuk 10 tahun kan. Orang tak tahu kita dah pergi berubah semua.
“Tapi itulah, mungkin belum ada (rezeki anak),” kata Elizad dalam keadaan sebak menerusi video di segmen Pagi Di SINAR bersama Jep.
Bagaimanapun Elizad meluahkan rasa syukur apabila keluarga mentua dan bapanya tidak pernah bertanya soal zuriat kepadanya.
“Tapi yang paling saya kagum adalah mentua saya atau pun bapa saya tak pernah tanya. Ibu bapa mentua saya tak pernah tanya bila nak ada anak.
“Sebab kalau ikutkan dalam adik-beradik saya semua ada anak… anak yang sangat ramai tapi waktu saya, saya seorang saja tak ada. Mereka tak ada push pun,” katanya.
Dalam pada itu, Jep turut memenangkan Elizad dengan menasihati aktres itu agar terus berusaha dan tidak putus asa.
“Janji jangan putus asa… selain berdoa kan. Tawakal dan usaha itu jangan sampai kita terhenti kerana dek mulut orang. Ingat usaha, ikhtiar saja. Yang selebihnya kita berserah kepada tuhan.
“Elizad jangan pula putus asa, dah cuba macam-macam dengan ditambah mulut orang semua buatkan Elizad berhenti untuk berusaha. Usaha saja… Insya-Allah ada itu, tepat masanya nanti,” kata Jep.
Untuk info, Siti Elizad mendirikan rumah tangga dengan Shamsul Baharin Rahman, pada 11 Januari 2015.