Ibu kepada pempengaruh media sosial Siti Jamumall, Norizan Jaafar mengesahkan anak perempuannya telah mendirikan rumah tangga dengan jejaka pilihan, Aiman di Satun, Thailand.

Menerusi hantaran video di TikTok, Norizan memaklumkan kekecohan yang berlaku sejak semalam itu bukan rekaan.

"Saya ke lapangan terbang hari ini hantar Siti. Dia nak ke Dubai ambil anugerah dan nak kembangkan perniagaannya di sana.

"Kecoh tentang Siti sudah pun berkahwin dengan Aiman. Ya, itu betul bukan drama," katanya.

BERITA TRENDING: Batal Kahwin 31 Mei, Siti Jamumall Pilih Nikahi Lelaki Lain Di Thailand!

BERITA TRENDING: Siti Jamumall Kemalangan, Alami Patah Jari - “Tercampak Ke Jalan Raya, Nasib Tak Digilis Kereta Lain”

BERITA TRENDING: Terima Nafkah RM50 Setahun, Siti Jamumall Nekad Bercerai! - "Tak Nak Terseksa Tanggung Biawak Hidup"

BERITA TRENDING: "Saya Dah Lama Bercerai, Hentikan Buat Fitnah!" - Siti Jamumall

Pada masa sama, Norizan sempat menitipkan pesanan buat Aiman agar menjadi suami yang bertanggungjawab terhadap isteri.

"Saya pesan dengan Aiman, jaga Siti baik-baik. Bila Siti dah ada suami saya dah tak risau sangat sebab ada orang yang akan jaga dia.

"Siti adalah satu-satunya anak tunggal perempuan saya dan Aiman adalah satu-satunya menantu lelaki yang masuk dalam keluarga.

"Sebelum ini saya menerima menantu perempuan, tapi berbeza kali ini saya menerima menantu lelaki pula.

"Semoga perkahwinan Siti dengan Aiman akan kekal hingga ke jannah. Saya mendoakan yang baik-baik sahaja untuk mereka. Semoga selamat pergi dan balik," tambahnya.
@norizanjaaffar Kecoh hari ni kisah siti kawin dgn aiman #sitijamumall #aimantakkesah #sitiaimankahwin ♬ original sound - NORIZAN JAAFAR


Terdahulu, Siti atau nama lengkapnya nama Siti Suriani Wahiddin yang sepatutnya bernikah dengan seorang lelaki yang baru dikenalinya pada 31 Mei lalu namun terpaksa dibatalkan saat akhir atas faktor peribadi.

Difahamkan, segala persiapan juga sudah dibuat termasuklah memberikan kad jemputan kepada semua tetamu.

Sekadar info, Siti pernah berkahwin sebelum ini namun bercerai selepas empat tahun mendirikan rumah tangga. Hasil daripada perkahwinan itu mereka dikurniakan dua anak lelaki Putra Adam Rizki, 4, dan Putra Aiman Zafran, 2

BERITA TRENDING: [VIDEO] Netizen Dakwa Siti Jamumall Propa Sakit, Siap 'Ditidurkan' & Dibedah - "Sakit Bukan Boleh Buat Main"

BERITA TRENDING: Siti Jamumall Beli Kondo Mewah RM1 Juta, Berbaloi Korban Demi Abang OKU - "Saya Tak Ambil SPM, Tapi Sambung Belajar Bisnes"