UNDI TOP 5 GEMPAK MOST WANTED AWARDS SEKARANG!
Viral

Siti Jamumall Terpalit Isu Seleweng Wang Dana Lepas Beri RM33K kepada Isteri Along Cham - “Saya Yakin Kalau Afreena Menipu Dia…”

Asyikin Mayudin 30/01/2025 | 02:55 MYT
Kemelut rumah tangga Along Cham dan Afreena Suhaimi semakin rumit apabila isteri kepada pelawak itu membuat laporan polis selepas didakwa menyeleweng dana sumbangan hampir RM100,000.

Beri RM33K

Malah, personaliti media sosial iaitu Siti Jamumall turut tampil mempertahankan Afreena atau lebih mesra disapa sebagai Feena.

ARTIKEL BERKAITAN: ‘Game Over Feena” - Adik Along Cham Bongkar Komplot Isteri & Rakan-Rakan

ARTIKEL BERKAITAN: Didakwa Seleweng RM100K, Isteri Along Cham Buat Laporan Polis

ARTIKEL BERKAITAN: “Saya Doa Pada Allah Kalau Kandungan Itu Milik Saya, Kekalkan Tapi Jika Sebaliknya, Keluarkan” - Along Cham

Menerusi IG, Siti mendakwa dia telah memberi wang sebanyak RM33,000 kepada Afreena pada 29 Disember tahun lalu untuk membantu Along yang ketika itu masih berada dalam tahanan polis.

Dakwa Siti, dia sama sekali tidak mengenali wanita itu secara peribadi selain tidak berpihak kepada sesiapa pun.

“Walaupun tidak kenal, niat saya beri duit sebanyak RM33,000 hanya nak bantu Afreena yang mahu membebaskan suaminya. Dia (Afreena) hubungi saya nangis-nangis.

“Tambah pula saya faham betapa sukarnya seorang ibu mahu besarkan anak-anak sendirian. Berkaitan masalah hal rumah tangga mereka saya tak nak campur.

“Cumanya memang ada bukti terdapat aliran wang sebanyak RM95,180 ke satu akaun perniagaan. Duit semua pergi ke sana termasuk duit Siti, duit Afeena dan keluarga Afeena,” kongsinya.

Yakin tak tipu

Dalam pada itu, Siti yang turut membuat laporan polis di Balai Polis Setia Alam juga yakin Afeena tidak menipu dalam isu dana sumbangan yang sedang hangat diperkatakan.

“Cuma kita nak benda yang benar. Saya yakin kalau Afreena menipu dia tidak akan berani ke balai polis untuk tunjuk segala statement,” ujarnya.

Sebelum ini, Along atau nama sebenarnya Muhammad Nizamudin Ahmad, 42, mendakwa Afreena telah menyeleweng dana sumbangan orang awam berjumlah lebih RM100,000 yang dikatakan untuk kegunaan menguruskannya sepanjang ditahan di Penjara Sungai Buloh serta pengurusan anak.

Selain itu, Along juga mendakwa aktor Aaron Aziz turut menjadi mangsa penipuan isterinya apabila sudah memberi RM5,000 didakwa untuk kegunaan ikat jamin.

Afreena sudah membuat laporan polis terhadap wanita bernama Ika yang didakwa menipu sehingga dia bertindak menyerahkan wang sebanyak RM95,180 atas tujuan untuk membebaskan suaminya itu.

#Along Cham #Siti Jamumall #Isteri Along Cham #Afreena Suhaimi #Dana sumbangan #Seleweng wang dana
;