,
Hiburan

Siti Khadijah Nama Puteri Tomok, Isteri Titip Nasihat Kepada Wanita Berusia 40an Ke Atas Yang Ingin Dapatkan Anak

Fiza Kamarudin
06/06/2020
11:54 MYT
Penyanyi Tomok akhirnya mengumumkan nama puterinya menerusi hantaran di akaun sosial peribadi Instagramnya pada petang Sabtu.
Uniknya, nama anak perempuan Tomok itu diumumkan sendiri oleh anak sulungnya, Arrian disaksikan adiknya Andra, menerusi sebuah rakaman video.
Sambil memperkenalkan dirinya dan Andra, Arrian turut mengumumkan nama adik mereka iaitu Siti Khadijah Shah Indrawan. Aksi comel Arrian itu telah menarik hampir 92,000 penonton sejak video tersebut dimuat naik kira-kira jam 4 petang tadi.
Sementara itu isteri Tomok, Rahayu Abas turut berkongsi rasa syukur dikurniakan bayi perempuan selepas lima tahun menanti.
Rahayu yang berkongsi mengenai perkara tersebut di IG, turut menitipkan nasihat buat wanita dan ibu berusia 40 tahun ke atas supaya tidak berputusa asa untuk mendapatkan zuriat.
Pesanan tersebut juga ditujukan kepada para ibu yang memiliki masalah untuk hamil. “Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah rezeki dan penantian selama lima tahun untuk dapat baby girl dimakbulkan.
Memang agak sukar untuk conceive terutama ibu-ibu yang sudah berusia atau mempunyai masalah ( I’m feeling it too). Tapi harap ibu-ibu di luar sana jangan putus asa…teruskan berusaha and berdoa,” katanya.
Dia yang mesra dengan panggilan Ayu itu turut berkongsi pengalaman sebagai wanita yang melahirkan anak pada usia 41 tahun.
“Finding I’m pregnant after coming back from holiday at Pulau Tioman dalam usia 41 tahun. Gembira, risau and macam-macam perasaan sebab it’s a risk of baby and mother health too.
“But keep going doa and think positive and also jaga diri,” pesan Ayu.
Selain itu Ayu telah mengimbas kembali detik sebelum Siti Khadijah dilahirkan 4 Jun lalu dan menyifatkan ia sebagai pengalaman baru kerana melahirkan anak ketika pandemik COVID-19.
“Lepas azan Zuhur dalam pukul 1.25 petang lahirlah seorang princess berat around 2.98kg pada 04.06.2020.
“And of course kelahiran dalam waktu-waktu COViD-19 kita terikat dengan SOP yang harus di ikuti. Just handling my baby for a while...Dibu (ibu) kene isolate dengan baby sehingga result COVID-19 keluar,” kongsinya.

Journey of my baby girl....???? Alhamdulillah...syukur ke hadrat Allah...rezeki dan penantian selama 5 tahun untuk dapat baby girl dimakbulkan....mmg agak sukar untuk conceive terutama ibu-ibu yang sudah berusia atau mempunyai masalah ( I’m feeling it too)...tapi harap ibu-ibu diluar sana jangan putus asa...teruskan berusaha and berdoa... . . Finding i’m pregnant after coming back from holiday at Pulau Tioman dalam usia 41 tahun...gembira, risau and mcm2 perasaan coz it’s a risk of baby & mother health too..but keep going doa and think positif and also jaga diri... . . After 40 weeks, rabu malam start mild contraction...dibu tak boleh tido over night...the contraction keep going and continuing untill subuh hari khamis...dibu berkira2 nak ke hospital...bukan apa dibu kesian dekat 2 little boys dibu still sleep...nak bangun subuh dibu tengok ada bleeding...ooo...maybe dah tanda kot..dgn contraction yg berterusan i keep jalan rilek2...siap2kan diri..bag semua dah ready dalam kereta then kejutkan my hubby.... . . Sampai hospital, checking that dibu dah ada bukaan 3cm...and the contraction keep continuing...i did COVID-19 test too...lepas azan zohor dalam 1.25pm lahirlah seorang princess berat around 2.98kg pada 04.06.2020....and of course kelahiran dalam waktu-waktu COViD-19 kita terikat dengan SOP yang harus di ikuti....just handling my baby for a while...dibu kene isolate dgn baby sehingga result COVID-19 keluar.... . . Terima kasih to all my family, friends and follower yang wish and doakan dibu sepanjang tempoh pregnancy sampai deliver.... . . Thank you to my lovely husband yang sentiasa ada dalam susah & senang....we manage to harungi bersama dengan dugaan, kekangan, halangan & everything together....i love u so much ... ayu sayang shah?❤️ . . To Arrian & Andra wait for dibu k...will bring your little princess sister going back home soon ????

A post shared by @ ayu_abas on

Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Ummi Nazeera Sibuk Di Set ‘Andai Tiada Dia’, Hargai Suami Ambil Alih Tugas Jaga Anak Selama 3 Bulan – “It Makes Me So Happy”

gempak
22/11/2024
15:50 MYT
Pelakon Ummi Nazeera mencuri tumpuan warga maya apabila menzahirkan rasa terima kasih buat suami tercinta Dr Izzar Anwari.
Viral

“Tak Ada Kawan, Takut Cepat Bosan Belajar Seorang” – Anak Luah Rasa Terharu, Ibu Sanggup Sambung Belajar Demi ‘Teman’ Dalam Kelas

gempak
21/11/2024
14:55 MYT
Nekad temani anak, seorang ibu sanggup menyambung pelajaran ke peringkat Ijazah Sarjana Muda Kewangan Perniagaan bersama-sama.
Hiburan

“Jangan Hidup Atas Kesusahan Orang Lain” - Idzham Ismail Pesan Ibu Bapa Kena Utamakan Tanggungjawab Pada Anak

gempak
21/11/2024
12:50 MYT
Pelakon Idzham Ismail mengingatkan setiap ibu bapa perlu meluangkan masa bersama anak-anak tanpa menyusahkan orang lain.
Viral

Demi Selamatkan Anak, Ibu Maut Dig*lis Keretapi

gempak
21/11/2024
06:03 MYT
Seorang wanita maut manakala anaknya putus kaki selepas dirempuh dan digilis kereta api dalam kejadian di Kampung Petagas, Sabah, pada Selasa.
Hiburan

Michelle Yeoh Sedih Tiada Anak, Sedar Tidak Boleh Hamil Sejak 1988

gempak
19/11/2024
14:50 MYT
Kehidupan Tan Sri Michelle Yeoh yang menjadi pesohor Hollywood mungkin dilihat penuh glamor.
Unitar