Siti Khadijah Nama Puteri Tomok, Isteri Titip Nasihat Kepada Wanita Berusia 40an Ke Atas Yang Ingin Dapatkan Anak
Fiza Kamarudin
06/06/2020 11:54 MYT
06/06/2020 11:54 MYT
Penyanyi Tomok akhirnya mengumumkan nama puterinya menerusi hantaran di akaun sosial peribadi Instagramnya pada petang Sabtu.
Uniknya, nama anak perempuan Tomok itu diumumkan sendiri oleh anak sulungnya, Arrian disaksikan adiknya Andra, menerusi sebuah rakaman video.
Sambil memperkenalkan dirinya dan Andra, Arrian turut mengumumkan nama adik mereka iaitu Siti Khadijah Shah Indrawan.
Aksi comel Arrian itu telah menarik hampir 92,000 penonton sejak video tersebut dimuat naik kira-kira jam 4 petang tadi.
Sementara itu isteri Tomok, Rahayu Abas turut berkongsi rasa syukur dikurniakan bayi perempuan selepas lima tahun menanti.

Rahayu yang berkongsi mengenai perkara tersebut di IG, turut menitipkan nasihat buat wanita dan ibu berusia 40 tahun ke atas supaya tidak berputusa asa untuk mendapatkan zuriat.
Pesanan tersebut juga ditujukan kepada para ibu yang memiliki masalah untuk hamil.
“Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah rezeki dan penantian selama lima tahun untuk dapat baby girl dimakbulkan.
Memang agak sukar untuk conceive terutama ibu-ibu yang sudah berusia atau mempunyai masalah ( I’m feeling it too). Tapi harap ibu-ibu di luar sana jangan putus asa…teruskan berusaha and berdoa,” katanya.
Dia yang mesra dengan panggilan Ayu itu turut berkongsi pengalaman sebagai wanita yang melahirkan anak pada usia 41 tahun.
“Finding I’m pregnant after coming back from holiday at Pulau Tioman dalam usia 41 tahun. Gembira, risau and macam-macam perasaan sebab it’s a risk of baby and mother health too.
“But keep going doa and think positive and also jaga diri,” pesan Ayu.
Selain itu Ayu telah mengimbas kembali detik sebelum Siti Khadijah dilahirkan 4 Jun lalu dan menyifatkan ia sebagai pengalaman baru kerana melahirkan anak ketika pandemik COVID-19.
“Lepas azan Zuhur dalam pukul 1.25 petang lahirlah seorang princess berat around 2.98kg pada 04.06.2020.
“And of course kelahiran dalam waktu-waktu COViD-19 kita terikat dengan SOP yang harus di ikuti. Just handling my baby for a while...Dibu (ibu) kene isolate dengan baby sehingga result COVID-19 keluar,” kongsinya.